Personaliti dan usahawan popular Hollywood, Kylie Jenner tidak mahu terburu-buru membuat keputusan berkaitan khabar angin yang mendakwa teman lelakinya, Travis Scott berlaku curang terhadapnya.

Menurut sumber, Kylie masih tergamam dan mahu memeriksa kesahihan berita itu terlebih dahulu.

"Sejujurnya, Kylie masih terkejut dan tidak percaya atas apa yang telah menimpa dirinya.

"Dia mahu memeriksa kesahihan berita itu terlebih dahulu dan dia akan membuat keputusan dengan berhati-hati.

"Bagi Kylie, dia harus bertindak bijak kerana perkara ini turut melibatkan anaknya bersama Travis iatu Stormi," kata sumber.

Baru-baru ini, kontroversi rumah tangga kakak Kylie, Khloe Kardashian telah hangat diperkatakan apabila rakan baiknya sendiri, Jordyn Woods telah menjadi orang ketiga dalam isu tersebut.

Dan kini, pemilik perniagaan jenama Kylie Cosmetics ini pula yang terpalit dengan kontroversi mengenai teman lelakinya yang didakwa berlaku curang.

Sumber : hollywoodlife.com