Laman Utama

Teman Setia Zaman Kanak-Kanak Kita! Semak 5 Animasi & Kartun Paling Popular Dari Jepun

Shahrin Zulkifle
15/06/2022
12:35 MYT
Berdasarkan beberapa carian yang telah dilakukan, Gempak akan berkongsi kepada anda watak animasi dan kartun yang paling popular di Jepun.
Kebanyakkan watak kartun yang disenaraikan adalah daripada rancangan yang terdapat di kaca televisyen rumah anda dan pastinya telah menemani zaman kanak-kanak kita. Gempak boleh jamin pada anda watak-watak ini sangat dekat dekat anda!
1.Shin Chan
Seorang murid tadika yang bergelagat nakal dan berperwatakan ceria. Berusia antara 5 hingga 6 tahun. Hobinya adalah bermain permainan bola sepak bersama rakan sebayanya. Makanan kegemaran Shin Chan ialah biskut beruang berperisa coklat. Shin Chan mempunyai sikap buruk yang sering kencing pada waktu malam, dikenali dengan sikapnya yang nakal dan tidak endah apabila dinasihati.
2.Doreamon
Doreamon merupakan robot kucing jantan dari abad ke-22. Tarikh lahir pada 3 September 2112 di Kilang Robot Matsushiba, Kawaski, Kanagawa yang juga tempat penghasilan manga Doreamon. Robot kucing ini terkenal dengan poket ajaibnya yang mampu mengeluarkan pelbagai alat dan ciptaan aneh. Tujuan Doreamon dicipta untuk membantu memudahkan masyarakat dikawasanya.
3.Naruto
Mengisahkan seorang ninja muda bernama Naruto Uzumaki. Sentiasa mencari pengalaman untuk menambah ilmu ninjanya dan memasang impian menjadi Hokage, ketua kampung. Naruto juga digeruni oleh ninja yang lain kerana memiliki kekuatan yang sangat hebat.
4.Detective Conan
Conan atau nama watak sebenarnya ialah Shinichi Kudo merupakan pelajar sekolah menengah dan mempunyai kerja lainnya sebagai detektif. Shinichi sering membantu pihak polis dalam menangani kes-kes jenayah berat yang berlaku.
5.Pikachu
Pikachu adalah satu di antara waktak yang wujud di dalam animasi Pokemon. Pikachu merupakan pokemon jenis elektrik. Pikachu merupakan pokemon yang paling dikenali di dalam animasi ini. Pikachu tidak mampu menggunakan kuasa elektriknya jika sumber elektriknya terlalu banyak di dada.
Gempak pasti anda semua bersetuju dan meletakkan Shin Chan sebagai animasi paling popular di Jepun. Oleh itu, jangan lupa menyaksikan filem Shin Chan The Movie:School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy bermula 4 Jun dengan hanya RM15 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, Saluran 480. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instragram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Jom Lihat 4 Aktiviti Yang Boleh Mengisi Waktu Lapang Anda!

gempak
20/06/2022
13:23 MYT
Macam menarik je aktiviti ni
Laman Utama

Sudah Lama Tiada Filem Animasi Di Pawagam, ini 3 Sebab Perlu Tonton Filem Shin Chan!

gempak
13/06/2022
04:06 MYT
Anda perlu menonton filem Shin Chan
Laman Utama

Shin Chan Tak Wujud? Selepas Tahu Cerita Sebenar, Confirm Sedih!

gempak
11/06/2022
02:28 MYT
Sedih pulak bila tahu
Hiburan

"Tak Salah Pun, Malah Saya Gembira" - Viral Isu Tips Doraemon, Ini Komen Pemilik Asal Suaranya!

gempak
01/04/2020
08:15 MYT
Gaya Hidup

Pika Pika! Pokemon Company Tampil Unik Dengan Menu Bubble Tea Terbaru

gempak
04/07/2019
09:26 MYT