Laman Utama

Tengah Borak Fasal Dendam Seorang Isteri Dengan Nad Zainal, Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?

Syafiqah Jalal
22/05/2022
12:08 MYT
Seperti kita sedia maklum, drama Dendam Seorang Isteri telah pun menjadi fenomena dan mendapat di hati ramai penonton.
Dua pelakon atau pasangan yang paling dibenci iaitu Nad Zainal dan Wan Raja sering mendapat kecaman yang teruk dari netizen.
Malah, jalan ceritanya yang penuh suspen membuatkan penonton ternanti-nanti apakah yang akan berlaku dalam episod akan datang.
Beberapa hari lalu, akaun sosial media Instagram @bambam_studios telah melakukan IG LIVE bersama dua pelakon yang mendapat kecaman teruk netizen itu.
Banyak pengalaman menarik serta input yang dikongsikan tentang Dendam Seorang Isteri yang masih ditayangkan di Astro Prima setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang.
Masing-masing juga mendedahkan cabaran watak-watak masing-masing dalam drama berkenaan itu.
Namun dipenghujung perbualan itu, Wan Raja seperti memberi bayangan yang dia bakal muncul dalam drama Scammer 2 pula? Betul ke?
“Sedih juga Scammer 2 saya tak ada sebab jalan ceritanya sudah berubah. Tapi akhirnya saya masuk juga sedikit,” katanya yang pernah berlakon dalam Scameer untuk musim pertama.
Pun begitu, ayatnya itu terus dipotong narrator di dalam IG Llive berkenaan dan Nad menuduh Wan Raja sebagai ‘spoiler’.
“Dia bagi spoiler lah…Apa benda ni? Tak reti ke bagi suspen siket…,” Nad mencelah.
Bagaimana pun ramai tertanya-tanya adakah Nad juga akan muncul dalam Scammer 2?
Nak tahu betul ke tidak saksikan Scammer 2 yang sedang ditayangkan di Astro Ria setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11 malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Berita

2 Beradik Koma Makan Keropok Beracun Tikus, Ibu Belum Terfikir Ambil Tindakan Terhadap Jiran

gempak
09/07/2024
09:25 MYT
Ibu kepada dua beradik yang kritikal selepas makan makanan ringan yang disyaki mengandungi racun tikus, Nurain Hasnorizal, 25, masih tidak dapat memikirkan tindakan seterusnya terhadap jiran kerana ingin menumpukan perhatian kepada kedua-dua anaknya itu terlebih dahulu.
terkini

INNOVATHON 2: Terima Sambutan Hangat, Ujibakat On The Ground Fasa 2 Dilanjutkan! Jom Semak Lokasi Ujibakat

gempak
25/06/2024
14:55 MYT
Disebabkan sambutan hangat dan permintaan ramai, ujibakat program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON musim kedua bakal dilanjutkan ke fasa kedua.
terkini

INNOVATHON 2: Profesor Madya Dr. Nur Faeza Pertaruh BioGel Bait Moz Di Ujibakat On The Ground Pulau Pinang

gempak
05/06/2024
13:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.
Terkini

INNOVATHON 2: Uniknya! Idea Liza Ramli Manfaatkan Batang Pisang Untuk Buat Jus, Kerepek & Biskut Curi Tumpuan Ujibakat Di Pulau Pinang

gempak
04/06/2024
14:55 MYT
Program realiti berteraskan sains, teknologi dan inovasi iaitu INNOVATHON kembali lagi untuk musim kedua.