Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menemui penonton bermula 15 April yang lalu.
Sudah mencecah kutipan sebanyak RM4 juta dalam masa 18 hari tayangan di Astro First, filem bergenre komedi ini berjaya membuatkan ramai tak kering gusi.
Menerusi laman sosial Twitter, wargamaya memuji penghasilan filem ini yang berbeza dan idea daripada pengarahnya cukup bernas.
“Cerita 18 Puasa Di Kampong Pisang ni memang lain dari yang lain betul. Brilliant otak Mamat Khalid buat cerita mcm ni. Tengok berulang kali pon tak jemu. Banyak betul mesej yang disampaikan walaupon dalam bentuk komedi. Thumbs up semua pelakon!” tulisnya menerusi satu ciapan.
Filem ini masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).
Selain itu, filem ini turut dimeriahkan dengan penampilan karakter istimewa seperti Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Manap Sengau (Yeop Hitler), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak) dan ramai lagi.
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.
Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, dia telah didatangi si iblis yang membawanya kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.
Tonton filem komedi sarat mesej ini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 mulai 15 April 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Azwa Rahman
Sun May 09 2021


“Ayah Tak Lawan, Lindung Lengan Kiri & Pinggang Takut Tapak Dialisis Pecah” - Luluh Hati Anak Lihat Bapa Dipukul
Allah... Tergamaknya belasah orang tua sampai macam tu...

Naim Daniel, Datuk Jamal, Faizal Tahir, Raihan Semarakkan Garden Of Eid Festival, Eh Ahmad Pun Adalah!
Ramainya artis top-top gitu.

Caprice Kata Jebat Derhaka 'Feeling' Macam Artis, Tak Berani Datang 'Face To Face' - "Hang Tak Ada Tel*r!"
Caprice jemput Jebat Derhaka face-to-face!

“Ingatkan Raya Je Rupanya Anak Pun Keluar Mengejut” - Anzalna Kongsi Kisah Lucu Bersalin Baby Kedua
Anzalna tak pernah tak lucu haha.
![Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4] Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4]](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1968387/thumbnails/5820789901653362025297_640x390.jpg)
Selamat Pagi Cikgu | Mizi Take It Easy [Episod 4]
Episod akhir kali ni ada tetamu jemputan iaitu "team jahat" . Apa Team Jahat tu nak buat kat team Mizi ni?? Saksikan Mizi Take It Easy setiap Selasa jam 12 tgh di Astro Gempak! #MiziTakeItEasy #GempakOriginalSeries

Ustazah Asmak Husin Tegur Kenyataan Ifa 'Belum Pakai Tudung Tapi Allah Jemput 3 Kali Ke Makkah' - "Tetap Berdosa Walau Dah ..."
Jika kita meninggalkan suruhan Allah tetap berdosa walaupun 10 kali ke Makkah.

“Korang Carikanlah Untuk Kita” - Soal Jodoh, Ziana Zain Tak Berani Nak…
setelah hampir empat tahun bergelar ibu tunggal...

Keluang Man Bakal Muncul Dengan Live Action! Ramai Dah Tak Sabar, Ini Nama Pelakon-Pelakon Saranan Netizen
Menarik juga nama-nama yang dicadangkan ni.

"Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Ni?" - Alvin Chong Dedah Sering Terima Gambar Kemaluan Lelaki, Perempuan & Budak Sekolah Di DM
Ini nasihat Alvin kepada pengguna media sosial
.jpg?ext=.jpg)
Cheta Potpet Sedia Satu Peti Duit Raya, Agih RM20,000 Kepada Orang Ramai Serbu Open House - "Kali Ni Saya Lepas Geram!"
Banyak tu... untung siapa datang open house Secret Desire!