Beberapa pengguna platform X menzahirkan rasa marah dan tidak berpuas hati apabila suasana gembira ketika menonton Konsert Coldplay Music Of The Spheres baru-baru ini bertukar tidak tentu arah gara-gara seorang penonton yang didakwa berada dalam keadaan mabuk.

BERITA TRENDING: Chris Martin ‘Buat Hal’, Ikut Trend Nak Pinjam Seratus Waktu Konsert Coldplay

Menerusi hantaran di platform berkenaan, difahamkan individu yang berada di Section 330 barisan Q kerap keluar masuk selain memijak telefon bimbit penonton lain yang berada di kawasan yang sama.



“Section 330 row Q ada orang mabuk. Asyik langgar orang pijak kaki member aku banyak kali. Pijak phone orang sampai tempered glass cracked. Asyik keluar daripada seat 3 hingga 4 kali. Annoying doh.

“Nanti korang tunggu jelah ada orang viral kan. Siap muntah kat baju seat depan sekali. Nanti korang pandai-pandai ek cari tea panas tu. Kita kan netizen yang berjaya,” tulisnya.

Ternyata, dakwaan tersebut disambut dengan bukti berupa gambar dan video.



“Ni ha mamat mabuk 4 kali keluar masuk lepas tu vomit dekat one of the audience. Kau bayangkan you paid for RM400, 2 jam show bau muntah. Kau faham tak? Aku harap organizer lepas ni take note. Aku patut biar dia berguling macam popia sampai exit bawah tu.

“I rasa dia mabuk before masuk venue. Bau kuat gila. One of them apologized and said ‘Sorry we're bit drunk’ - the same person juga wasted the entire show. Terbongkang tidur,” tulisnya.

Sumber: Platform X

PILIHAN PEMBACA: Ramai Gesa Konsert Coldplay Dibatalkan, Ramli MS - “Yang Suruh Cancel Orang Yang Tak Beli Tiket”