Maestro muzik tersohor negara, Datuk Ramli MS memberikan pendapat mengenai isu gesaan netizen supaya pihak berwajib membatalkan konsert Coldplay Music of the Sphere yang bakal diadakan pada Rabu ini, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: Chris Martin ‘Buat Hal’, Ikut Trend Nak Pinjam Seratus Waktu Konsert Coldplay

Menurut Ramli, penelitian perlu dibuat jika keinginan membatalkan konsert mega itu benar-benar ingin dilakukan.

“Kalau nak cakap pasal ekonomi tu, kena selidik dari segi penjualan tiket. Orang yang dah keluar duit, dah tempah hotel, tiket penerbangan, pelancong… it’s all about money.

“Actually yang suruh cancel orang yang tak beli tiket… Contohnya, jika tiket sudah dijual sekitar 80,000 keping, jumlah ini akan menyentuh banyak perkara seperti stadium, band, penaja dan sebagainya. Ia berkait rapat dengan banyak pihak,” katanya ringkas.

BERITA TRENDING: Ini Kisah Di Sebalik Lelaki Yang Viral Sebab Lamar Kekasih Ketika Coldplay Sedang Mendendangkan Lagu...

Terdahulu, media melaporkan penganjuran konsert Coldplay Music of the Sphere menerima tentangan daripada pelbagai pihak.

Antaranya daripada Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.

BERITA TRENDING: "Malaysia Nak Buat Konsert Pun Banyak Halangan"- Syed Saddiq Anggap Singapura Bijak Bagi Coldplay Buat Persembahan 6 Hari!