Berita

"Tengok Dekat 10 Kali Dah, Tapi Tak Puas-Puas" - Penonton Puji Filem Mulut Masin Best!

ZULHILMI JALIL
21/11/2020
06:45 MYT
Masuk hari ketiga tayangan filem Mulut Masin, naskhah tersebut terus mendapat sambutan dalam kalangan penonton.
Rata-rata menyifatkan karya arahan Razaisyam Rashid itu merupakan sebuah filem yang cukup menarik untuk ditonton.
Buktinya, ada penonton yang sudah menonton berulang-ulang kali kerana terhibur dengan gelagat pelakon kanak-kanak yang diangkat sebagai teraju utamanya.
"Abang tengok dekat 10 kali dah, tapi tak puas-puas pun. Best sangat cerita Mulut Masin, memang best gila Jay sebagai Ajib membawakan watak ni sangat baik.
"Saya dah tengok cerita Mulut Masin ni, memang best lah!," komen sebahagian penonton di media sosial.
Karya terbitan Astro Shaw itu menampilkan gandingan pelakon kanak-kanak dan aktor berpengalaman.
Antaranya, Jay Nazif, Danish Hazriq, Muzzayyin Mahyuddin, Cassia Iman, Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Farahdhiya, Aloy Paradoks, Khatijah Tan, As'ad Motawh dan ramai lagi.
BACA: 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem Mulut Masin
Mulut Masin menceritakan lima sepupu yang merasakan diri mereka disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana menghilangkan surat wasiat nenknya.
Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka.
Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 selain pilihan yang lebih fleksibel menerusi strim di Astro GO atau On Demand.
Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton nakshah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Penonton Emosi & Geram, Pukul Pelakon Lelaki Ipar Adalah Maut

gempak
27/06/2024
14:50 MYT
Filem Ipar Adalah Maut memang menjadi bualan dan ‘laris manis’ di pawagam.
Hiburan

PM Kagum Kualiti Filem Tempatan

gempak
13/06/2024
13:29 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kagum, bangga dan terkesan dengan filem Sheriff Narko Integriti yang ditonton beliau pada malam Rabu.
Berita

PMX Puji Filem Sheriff - "Saya Kagum Dengan Jalan Cerita, Dialog &..."

gempak
12/06/2024
17:21 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kagum terhadap keupayaan industri perfileman tempatan selepas menonton Sheriff Narko Integriti malam ini.
Filem

Ada Penonton Sanggup Habiskan 8 Jam Demi The Experts! - “Sangat Berbaloi, Pertama Kali Tonton Filem Melayu Hebat!”

gempak
03/06/2024
13:54 MYT
Fenomena The Experts yang kini menguasai pawagam ternyata memberikan kesan buat peminat filem tempatan.
Drama

i.D Berjaya Buat Netizen Tak Senang Duduk - "Cerita Ni Tense Betul, Takda Seminit Pun Yang Rileks"

gempak
02/04/2024
15:00 MYT
Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47, i.D Swipe, Steal, Love berjaya memukau ramai penonton.