Skip to main content

Tergamak Bakar Isteri Hanya Disebabkan Pengecas Telefon

astrogempak_bakar_3.png

Seorang suami tergamak membakar isterinya hanya kerana berang pengecas telefonnya telah rosak.


Suspek yang juga seorang anggota Angkatan Udara Jayapura telah melakukan perbuatan itu pada awal Disember lalu di Kompleks Angkatan Udara Lanud Silas Papare.

Advertisement


Media melaporkan akibat daripada perbuatan itu, mangsa Elis Agustina Yotha terlantar di hospital selama dua minggu.


"Mangsa meninggal dunia setelah dua minggu berjuang melawan keganasan yang dilakukan oleh suaminya sendiri," kata Komandan Lanud Silas Papare, Marsma TNI Mokh Mukhson pada Isnin.


Jelas Mukhson, motif kejadian bermula apabila pasangan itu bergaduh berhubung masalah pengecas telefon.
"Perselisihan yang hanya bermula dengan isu kecil itu akhirnya berakhir dengan aksi ganas," katanya.


Jenazah mangsa dikebumikan di Pemakaman Umum Yobe Sentani, Kabupaten Jayapura, pada Isnin lalu.

Suspek kini sudah ditahan polis dan bakal dibicarakan.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video