Luluh hati apabila rumah tangga runtuh dikhianati oleh sahabat baik sendiri, itulah antara nadi penceritaan yang cuba disampaikan dalam drama terbaharu berjudul Isteri Halal.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Moha Salleh, Isteri Halal mempertaruhkan gabungan watak-watak antagonis yang hebat.

“Posisi Astro Ria sebagai destinasi drama utama di negara kita diperkukuhkan lagi dengan kehadiran slot Tiara.

“Kami turut mengambil kesempatan ini untuk memperkasakan lagi kualiti dan tayangan drama rantaian di Astro Ria agar kekal relevan dan kompetitif dengan penyiar-penyiar serta platform-platform penstriman yang lain.

“Malah kedudukan Astro Ria sebagai saluran utama kandungan Melayu turut akan diperkuatkan dengan kehadiran slot yang telah menyiarkan drama-drama terhebat.

“Antaranya Dendam Seorang Isteri, Takdir Cinta Dhia dan Jesnita. Lantas kehadiran slot ini pastinya akan memperluaskan demografik penonton di saluran ini.

“Kami bangga bawakan Isteri Halal sebagai pembuka tirai slot Tiara di Astro Ria. Malah pertaruhan kali ini melihat gabungan watak-watak antagonis hebat.

“Eyra merupakan watak antagonis pertama Uqasha Senrose untuk drama rantaian di Astro. Kami berharap dengan kelainan dalam lakonan Uqasha mampu memukau malah mencetus pelbagai reaksi emosi di kalangan para penonton.

“Pengarah hebat, Uchee Fukada ternyata mempunyai sentuhan istimewa dalam memperkasakan drama yang mengangkat peranan wanita sebagai nadi penceritaan.

“Dengan gandingan mantap, garapan hebat serta penceritaan berkesan, kami tidak sabar untuk melihat Isteri Halal membawa kesinambungan sukses slot Tiara di Astro Ria,” jelasnya.

Drama penuh emosi terbitan Radius One ini menampilkan Uqasha Senrose (Eyra), Aidit Noh (Zayn), Nazim Othman (Daniel) dan Isyariana Che Azmi (Adellea).

Isteri Halal akan ditayangkan bermula 27 Februari, setiap Ahad, jam 6 petang secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Untuk pilihan yang fleksibel, drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

Sinopsis:

Drama 60 episod ini mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa kerana jejaka itu merupakan seorang yang miskin dan tidak mempunyai sebarang status sosial.

Namun atas dasar cinta, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarga untuk berkahwin dengan Zayn.

Segalanya mula berubah apabila bapanya, Tuan Aziz jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarga bersama suaminya.

Bagaimanapun perkahwinan Adellea tidak sebahagia disangka kerana pembohongan yang dilakukan oleh suami dan juga sahabat baiknya, Eyra.

Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.