Terima Banyak Hantaran Lucah, Sophia Albarakbah Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang
Firdaus
14/08/2024 04:20 MYT
14/08/2024 04:20 MYT
Terima pelbagai komen lucah dan hinaan secara atas talian, pelakon Sophia Albarakbah sedia mengambil tindakan undang-undang terhadap pelayar media sosial yang bertindak melakukan perbuatan tersebut.
“Terserah kepada kalian semua jika mahu terus melakukan perkara itu. Ada banyak yang saya nampak tinggalkan mesej tidak senonoh, jadi saya simpan semuanya sebagai bahan bukti,” katanya.
Bercerita lebih lanjut, Sophia ketika ditemui pada sesi tayangan perdana dan sidang media filem Harimau Malaya di GSC The Starling, mendedahkan dia juga menerima pelbagai mesej berbaur kebencian tanpa sebarang sebab.
“Ada dua perkara saya terima, iaitu mesej tidak senonoh terutama daripada lelaki. Satu lagi adalah mesej memaki hamun tanpa sebab spesifik.
“Saya tak tahu motif mereka. Boleh dikatakan kira-kira 50 peratus DM saya dipenuhi dengan mesej lucah, tapi saya tidak terus sekat sebab mahu kumpul bukti,” jelasnya lagi.
Selain itu, Sophia juga mengelak daripada membaca komen negatif untuk memastikan mentalnya sentiasa dalam keadaan baik.
“Pada awal sudah tentu saya terkesan dengan perkara ini. Tapi, saya tetap perlu bekerja dan hidup seperti biasa. Jadi, saya cuba untuk tidak terlalu baca semua komen atau mesej sebegitu. Saya cuba tapis perkara yang tidak baik seperti itu,” ujarnya.
Dalam perkembangan terkini, Sophia membintangi filem Harimau Malaya arahan Datuk Afdlin Shauki yang akan menjengah pawagam tempatan mulai 15 Ogos ini bersama barisan pelakon lain seperti Meerqeen, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Nam Ron, Bell Ngasri, Amelia Henderson, Kavin Jay dan Douglas Lim.
Mahu Ambil Tindakan
Menurut aktres berusia 31 tahun itu, dirinya sedang mengumpul bahan bukti seperti tangkap layar mesej berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.“Saya banyak terima ‘direct message’ (DM) yang tidak senonoh. Saya tidak tahu bagi mereka adakah ini perkara lawak dengan menghantar DM tidak senonoh seperti itu.
“Saya sedang menyimpan bukti, semua DM atau komen yang teruk seperti makian dan perkara tidak senonoh semua saya buat tangkap layar untuk dijadikan bahan bukti supaya dapat mengambil tindakan selanjutnya.“Terserah kepada kalian semua jika mahu terus melakukan perkara itu. Ada banyak yang saya nampak tinggalkan mesej tidak senonoh, jadi saya simpan semuanya sebagai bahan bukti,” katanya.
Bercerita lebih lanjut, Sophia ketika ditemui pada sesi tayangan perdana dan sidang media filem Harimau Malaya di GSC The Starling, mendedahkan dia juga menerima pelbagai mesej berbaur kebencian tanpa sebarang sebab.
BERITA TRENDING: Masih Terima Komen Negatif, Sophia Dedah Perlu Jumpa Pakar Kerana Siber Buli
BERITA TRENDING: Patutlah Pilih Ciri Calon Suami Yang Jujur & Tak Curang, Rupanya Sophia Albarakbah Pernah Ditipu Bekas Kekasih
BERITA TRENDING: “Malu Ke Netizen Tahu Dunia Seni Malaysia Teruk…” - Wargamaya Tolak Solidariti Erma Fatima Terhadap Ruhainies & Sophia Albarakbah?
BERITA TRENDING: “Tunggu Sophia Sendiri Beri Kenyataan” - Pengurusan Sophia Albarakbah
“Saya tidak pasti sejak bila perkara ini berlaku, tapi bila saya buka sahaja DM, memang ada banyak mesej tidak senonoh dan berbaur kebencian. Ada juga yang bersungguh-sungguh membenci tanpa sebab.“Ada dua perkara saya terima, iaitu mesej tidak senonoh terutama daripada lelaki. Satu lagi adalah mesej memaki hamun tanpa sebab spesifik.