Hiburan

Terima Banyak Mesej Bertanyakan Tentang Fazura, DJ Sonic Dedah Keperibadian Sebenar Isteri Fattah Amin - “Yang Rapat Saja Tahu…”

gempak
Asyikin Mayudin
16/09/2024
07:25 MYT
Sponsor Banner
Terima Banyak Mesej Bertanyakan Tentang Fazura, DJ Sonic Dedah Keperibadian Sebenar Isteri Fattah Amin - “Yang Rapat Saja Tahu…”
Penyampai radio, DJ Sonic mendedahkan dia menerima banyak mesej di Instagram dan WhatsApp malah ada yang menghubunginya untuk bertanyakan mengenai isu melibatkan aktres Fazura.

Insan yang baik

Penyampai radio berusia 45 tahun ini menerusi Instastory miliknya berkongsi mengenai keperibadian Fazura yang sememangnya seorang yang baik terhadap semua orang selain sentiasa menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang.

“Terlalu ramai DM, WhatsApp atau call saya bertanya hal Fazura! Sampailah hari ni. Cuma satu saya nak beritahu, Fazura ni seorang insan yang sangat baik dengan semua orang, tak kira anda siapa.

“Faz terlalu kuat bekerja sampai saya tanya, Faz tak penat ke? Jawapan Faz mudah, dari kecil saya diajar untuk berdikari dan cari duit, ini dah macam rutin! Sesibuk mana pun Faz, beliau tetap jaga keluarganya sebaik-baiknya,” kongsinya.

Utamakan keluarga

Pada perkongsian yang sama, DJ Sonic turut memberitahu Fazura sentiasa akan mengutamakan keluarga biarpun berada di luar untuk bekerja.

“Kalau kami keluar makan, tanpa gagal, Faz akan tapau makanan untuk keluarganya di rumah, akan beli itu ini, tiap kali sentiasa tengok masa… nak balik!

“Tanggungjawab seorang ibu! Yang rapat sahaja tau… hebat dan baiknya insan bernama Fazura ini,” kata DJ Sonic lagi.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Terdahulu, isu keretakan rumah tangga Fazura dan Fattah menjadi spekulasi di media sosial apabila mereka didakwa sudah tidak lagi meninggalkan komen atau memberi tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.

BERITA TRENDING: Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

BERITA TRENDING: Fattah Amin Dedah Tiada Orang Ketiga, Akui Masih Sayangkan Fazura

BERITA TRENDING: “Saya Sudah Ada Isteri, Kenapa Nak Layan Orang Ketiga?” - Video Fattah Amin Ulas Tentang ‘Penyondol’ Kembali Tular

BERITA TRENDING: Pengawal Peribadi Fazura ‘Spill The Tea’, Dakwa Fattah Amin Disondol Oleh Stylist?

Malah, mereka juga tidak lagi memuat naik foto bersama di platform media sosial. Walau bagaimanapun, Fazura sebelum ini menafikan dakwaan hubungannya dengan suami bermasalah.
Sehinggalah pada pagi Jumaat, Fazura memfailkan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live