Laman Utama

Terima Banyak Permohonan Rayu Bantuan, Neelofa Tolong 70 Keluarga Minggu Ini - "Kami Akan Hulurkan Barang Makanan & Wang Tunai"

Zulaikha Yusof
30/06/2021
03:50 MYT
Selebriti sensasi Noor Neelofa, 32, menyatakan dia menerima banyak permohonan bantuan daripada golongan yang terkesan akibat penularan COVID-19.
Justeru bagi meringankan beban, dia dan Pertubuhan Kasih Neelofa akan mengenal pasti penerima yang terjejas untuk dihulurkan bantuan.
"Sebelum ini kami hulurkan bantuan kepada komuniti atau rumah-rumah perlindungan.
"Tetapi memandangkan keadaan semakin teruk, Pertubuhan Kasih Neelofa akan mengenal pasti penerima bantuan individu. Kami terima terlalu banyak permohonan," kongsinya menerusi Instagram Stories.
Tambah isteri kepada pelakon dan pendakwah PU Riz, dia menganggarkan sebanyak 70 buah keluarga akan dibantu untuk minggu ini.
Katanya lagi, jenis bantuan yang dihulurkan adalah barangan berbentuk makanan dan sejumlah wang tunai.
"Insya-Allah minggu ini kami akan sampaikan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan dan sangat terjejas.
"Kami akan hulurkan bantuan barang makanan dan wang tunai," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, bekas hos MeleTOP ini menyarankan kepada individu yang ingin bersama-sama menghulurkan bantuan untuk menyalurkan sumbangan menerusi akaun Pertubuhan Kasih Neelofa.
Sebelum ini, Neelofa mengambil inisiatif peribadi menyalurkan sumbangan kelengkapan hospital berupa katil kepada Hospital Melaka.
Pemberian tersebut merupakan antara sumbangan pertama yang diusahakan sendiri oleh Neelofa atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap peningkatan kes COVID-19 serta kekurangan katil di hospital-hospital utama.
BACA: Neelofa Beri Bantuan COVID-19 Berjumlah Ratusan Ribu Ringgit, Hospital Melaka Menjadi Penerima Sumbangan Pertama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Hiburan

PU Riz Puji Masakan Neelofa, Nak Anak-Anak Makan Makanan ‘Homemade’ Saja - “Kalau Boleh Memang Nak elak…”

gempak
17/07/2024
00:55 MYT
Usahawan dan selebriti terkenal Neelofa memberitahu suaminya yang juga penceramah bebas iaitu PU Riz atau Haris Ismail lebih gemar anak-anak mereka makan makanan yang dimasak di rumah.
Hiburan

Cara Masak Dikritik Netizen, Neelofa Dah Malas Buat Konten Memasak – “Semua Macam Terpaling Betul”

gempak
16/07/2024
07:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Neelofa menyatakan dia berasa malas untuk menghasilkan sebarang konten masakan.
Hiburan

Pembukaan Kedai Pertama Hadiah Istimewa Buat Peminat Neelofa & PU Riz - “Alhamdulillah, Perniagaan Yang Kami Usahakan Mendapat…”

gempak
15/07/2024
11:55 MYT
Pasangan selebriti, Neelofa dan Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz melahirkan rasa syukur apabila impian untuk membuka kedai pertama mereka iaitu Nunha Store tercapai.
Hiburan

Neelofa Tetap Suka ‘Blur’ Muka Anak, Belum Terfikir Kongsi Wajah Abdullah Abbas - “Saya Rasa Lebih Selesa Tak Tunjuk, I Like It!”

gempak
15/07/2024
00:55 MYT
Setahun sudah usia anak kedua Neelofa dan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz iaitu Abdullah Abbas namun sehingga kini pasangan selebriti masih belum dikongsikan puteranya itu.