Laman Utama
"Tak Semua Orang Mampu Lakukannya" - Along Eyzendy Kagumi Semangat Isteri Derma Buah Pinggang Untuknya
Pelakon Mohd Eyzendy, 42, atau lebih dikenali sebagai Along Eyzendy berkongsi perkembangan berada di hospital untuk menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang menerusi Facebook petang semalam.
Menurut Along, dia telah menerima penerangan daripada beberapa orang doktor pakar sebelum menjalani pembedahan sekitar awal pagi tadi.
"Ramadan 2, hari kelima untuk aku, hari ketiga untuk Amy Eyzendy (isterinya) dalam wad Hospital Selayang.
Advertisement
"Dah macam-macam jenis doktor pakar membuat penerangan secara terperinci, dari pakar bius, pakar bedah, pakar buah pinggang, pakar transplant dan beberapa doktor pakar lain.
"Dari penerangan mereka boleh disimpulkan bahawa esok pagi (hari ini) selepas subuh kami akan jalani major operation ," tulisnya.
Dalam pada itu, Along mengatakan isterinya, Hamidah Mohd Yatim, 36, bersikap tenang sahaja untuk menjalani pembedahan untuk mendermakan buah pinggang kepada suaminya itu.
"Aku tengok isteri aku relaks saja, maklumlah ini kali yang keempat dia masuk bilik pembedahan (OT), sebelum ini masa melahirkan anak kami ketiga-tiganya dilahirkan secara pembedahan. Jadi mungkin bagi dia perkara ini biasa.
"Tapi bagi aku yang kali pertama nak masuk OT dan kali pertama nak belah perut memang sangat merisaukan, mendebarkan dan macam-macam perasaan bermain di fikiran," tambahnya.
Kata Along, isterinya itu merupakan seorang yang sangat cekal sehingga sanggup membuat keputusan memberikan sebelah buah pinggangnya itu.
"Isteri saya nasihat tak payah fikir dan hanya tawakal, lalui saja macam dia.
"Memang berbeza lah aku dengan dia, dia lebih kuat lebih cekal dan lebih positif, kalau tak dia takkan ambil keputusan yang sangat besar dengan mendermakan sebelah buah pinggangnya kepada aku.
"Satu keputusan yang belum tentu semua orang mampu untuk melakukannya, termasuk aku.
"Aku sangat bertuah, Alhamdulillah...Mohon kalian doakan keselamatan kami berdua menghadapi ujian ini," tulisnya mengakhiri kapsyen.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu mendapat lebih seribu komen dan tanda suka.
Rata-rata netizen mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan selamat menjalani pembedahan tersebut.
Ramadhan 2. Hari ke 5 utk aku hari ke 3 utk Amy Eyzendy dlm wad 7b hospital selayang. Dah bermacam2 jenis doktor pakar...Posted by Eyzendy Aziz on Wednesday, April 14, 2021
Must-Watch Video