Kakitangan pasukan Harimau Selatan JDT kini boleh tersenyum lebar apabila menerima hadiah berupa sebuah telefon pintar iPhone 11 hasil pemberian Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Menerusi laman sosial Twitter, akaun rasmi @JOHORSouthernTigers berkongsi sepotong video menunjukkan staf-staf JDT mengambil hadiah telefon masing-masing.“Terima kasih Tuanku,” ujar semua kakitangan menerusi video berdurasi 11 saat itu.

Pemberian itu merupakan tanda penghargaan TMJ kepada kakitangan yang bertungkus-lumus dan bekerja keras demi mengharumkan nama pasukan JDT.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berasa teruja dan gembira melihat kakitangan pasukan itu diraikan dengan

Pertengahan September lalu, Apple melancarkan model terbaru mereka iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max dengan harga mencecah ribuan ringgit.