Viral
Kieda Crepe Kecewa Ada Pihak Sengaja Buat Ulasan Perniagaannya Demi Nak 'FYP' - "Naiklah Tanpa Memburukkan Orang... "
Usahawan Kieda Crepe meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak membuat ulasan berkenaan perniagaannya hanya untuk meraih perhatian di laman sosial.
Demi FYP
Menurut Kieda, kebanyakan daripada mereka sanggup merosakkan perniagaan orang lain demi FYP.
“Demi FYP sanggup rosakkan bisnes orang kita sendiri sedangkan mostly semua orang berniaga juga,” katanya.
Meskipun begitu Kieda atau nama sebenarnya, Nur Khalieda Yusra menyatakan bahawa dia tetap akan menjual dengan caranya yang tersendiri.
“Cakap la apa pun, Kieda tetap dengan cara Kieda, naiklah tanpa memburukkan orang demi tunjuk baik kita,” tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Kata Orang Tak Apa, Kalau Orang Mengata Dia…” - Netizen Luah Rasa Menyampah Selepas Kieda Crepe Kritik Cara Pakaian Dua Lelaki Mandi Kolam
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Kongsi Berita Hamil Terlalu Awal Punca Gugur, Kieda Crepe Menangis - “Bukan Saya Minta..."
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Tiru Logo Elephant Army, Kieda Crepe Akui Kesilapan, Pulangkan Semula Duit Pembeli - “Aku Tak Pernah Berniaga Curi..”
Netizen Bersetuju
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan ulasan yang dibuat oleh pempengaruh, Jason.
“Kan dah kata mesti ada video sedih,”
“Tu baru Jason, belum lagi Gordon Ramsay,”
“Ni baru Jason yang review tau belum Chef Wan lagi. Kalau dak, confirm koyak teruk dia ni,”
“Asal orang komen je kata menjatuhkan.. Naya la gitu,”
“Nak naik ke mana? Jason tu memang dah popular review makanan,” kata netizen
Pada masa sama, ada juga netizen yang meminta agar Kieda menerima ulasan tersebut dengan hati yang terbuka dan cuba untuk menambah baik apa yang telah dilakukan.
“Boleh sama-sama belajar dengan Niase. Macam mana dia ambil komen negatif untuk perbaiki makanan dan servis,” kata Rodziahhamzah di ruangan komen.
Terdahulu, pempengaruh Jason pernah memberi ulasan mengenai produk makanan yang dihasilkan oleh Kieda.
Menerusi ulasan tersebut Jason telah memberikan rating sebanyak 4.2 untuk crepe yang dicubanya.
@kiedacrepepenang Demi #fyp sanggup rosakkan bisnes orang kita sendiri sedangkan mostly semua orang berniaga juga?? #kiedacrepetour? #kiedacrepe @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse ♬ DJ TRAP DEK BANSAIK Bass Panjang Horeg Glerrr - RENDI REVOLUTION
Must-Watch Video