Seorang warganegara United Kingdom (UK) menarik perhatian ramai khususnya pengguna warga maya apabila memuat naik satu video khas ucapan terima kasih kepada Malaysia.

Video berdurasi 8 minit itu dimuait naik di YouTube individu tersebut yang dikenali sebagai Darren, petang semalam.

Menerusi video berkenaan, Darren menceritakan bagaimana dia mengharungi cabaran ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih 11 minggu.

Menurut Darren sepanjang tempoh berkenaan, dia hanya duduk di apartment seorang diri dan hanya ditemani muzik untuk menghilangkan rasa sunyi.



"Tidak dinafikan saya agak tertekan ketika hanya duduk di apartment.

"Walaupun begitu saya tidak keseorangan kerana ramai rakyat Malaysia bertanyakan khabar sama ada saya ok atau tidak. Mereka mengambil berat tentang keaadan saya," katanya.

Jelasnya, dia juga memuji tindakan kerajaaan Malaysia yang pantas menangani masalah COVID-19.

"Ketika negara saya (UK) masih belum berbuat apa-apa, Malaysia terlebih dahulu menjalankan PKP.

"Malaysia anda sudah buat yang terbaik, semua orang bekerjasama membantu frontliner. Negara lain patut contohi Malaysia.

"Terima kasih frontliner, terima kasih Malaysia," katanya.



Video berkenaan kemudian mencetuskan rasa sebak dalam kalangan pengguna YouTube.

Menerusi ruang komen, rata-ratanya terharu dengan ucapan dan mesej yang diperkatakan oleh Darren.