gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
‘Influencer’ Keyna Azami Menangis Kongsi Detik Cemas Dalam Pesawat Hampir Tergelincir Di Indonesia - “Saya Fikir Akan Mati…”
HIBURAN
Kongsi Video Sertai Hyrox, Netizen Tegur Pemakaian Dr Say & Isteri - “Sangat Sedih Dua-Dua Aurat Kelaut…”
VIRAL
“Dalam Hati Mesti Cakap…” - Peminat Tergamam Jumpa Zizan Razak, Siap Dapat Belanja Makanan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Terima Kasih Nasi Kandar” - Pertemuan Rizky Febian Bersama Peminat Hasilkan Lagu Firasat Berbicara

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
31/10/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih Nasi Kandar” - Pertemuan Rizky Febian Bersama Peminat Hasilkan Lagu Firasat Berbicara
Penyanyi popular Indonesia, Rizky Febian mengucapkan terima kasih kepada nasi kandar yang menjadi satu titik permulaan bagi pembikinan lagu baharunya yang berjudul Firasat Berbicara.
Menurut pelantun lagu Cuek itu, nasi kandar telah menemukannya dengan Afiq Zafri yang merupakan seorang peminat dan pemuzik yang berbakat besar.
“Terima kasih Nasi Kandar.
“Itu sahaja yang boleh menerangkan bagaimana cerita disebalik pembikanan lagu Firasat Berbicara.
“Saya baru tahu ada anak muda, Afiq yang tinggal di Malaysia yang merupakan pelajar dan juga pemuzik di Kuala Lumpur. Kami berjumpa semasa saya ada konsert di Kuala Lumpur, dan ada orang menegur kami ketika sedang makan di sebuah kedai nasi kandar.
“Rupa-rupanya dia adalah seorang peminat dan juga ahli bang yang lain,” kata Rizky.
Pemilik nama Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 26, menambah sejak perjumpaan dia dan Afiq di kedai nasi kandar pada tahun 2023 itu, hubungan mereka semakin akrab sehingga pemuda tersebut mengirim demo lagu kepadanya.
Berminat dengan karya yang dihasilkan, Rizky terus sahaja menyempurnakan lirik untuk demo lagu yang dihantar.
“Beberapa bulan lepas, Afiq ada hantar demo lagu dan selepas di dengar ternyata lagunya sangat bagus.
“Selepas itu saya siapkan lirik dan musiknya bersama rakan-rakan dari @musicbyseek. Jadi situlah terhasilnya lagu Firasar Berbicara ini,” tambah Rizky.
Rizky berkata, Firasat Berbicara membuktikan bahawa inspirasi muzik boleh datang dari sesiapa sahaja, tanpa mengira lokasi atau latar belakang.
Apa yang penting adalah bagaimana kita membuka hati dan menerima peluang yang datang dengan terbuka.
Firasat Berbicara nyanyian Rizky Febian dihasilkan oleh Afiq Zafri dan Zef Zikri selaku komposer.
Topic Berkaitan
#Rizky Febian
#Nasi kandar
#Firasat Berbicara
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement