Hiburan

“Terima Kasih Suami, Untuk Hadiah Bermakna Ini” – Rezeki Mia Ahmad Tunai Umrah

gempak
Mya Amri
04/02/2020
05:21 MYT
Sponsor Banner
“Terima Kasih Suami, Untuk Hadiah Bermakna Ini” –  Rezeki Mia Ahmad Tunai Umrah
Pelakon Mia Ahmad telah berangkat ke tanah suci, Makkah untuk menunaikan umrah.
Berita itu dimaklumkan Mia menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Lebih manis lagi apabila niatnya yang ingin menunaikan ibadah di tanah suci itu telah ditunaikan oleh suaminya, Mohd Izham Tarmizi sebagai hadiah sempena hari jadi aktres tersebut.
“Saya akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah. Doakan perjalanan saya dan baby no 2 di permudahkan, ibadah di sana di terima dan di redhai Allah S.W.T.
“Di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada melakukan kesalahan dan halalkan hutang saya pada anda (jika ada).
“To my husband @izhamtarmizi24 terima kasih untuk birthday present yang bermakna untuk tahun ini, Mia minta nak pergi umrah untuk birthday tahun ini. Hujung tahun kita pergi sama-sama pula okay dengan @sayf.issa. Insha-Allah,” tulisnya.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa pada 28 September 2018. Dalam perkembangan terbaru, Mia mengumumkan hamil anak kedua pada awal Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live