Nama pelakon Sharifah Sakinah menjadi perhatian selepas ruangan fotonya menjadi medan untuk netizen meninggalkan komen kesat.

Seorang pengguna twitter, @LauderdaleV meluahkan rasa tidak senang melihat segelintir warganet yang rancak mempersoalkan saiz payudara Sakinah.

Malah, kebanyakan yang menulis itu adalah dari kalangan perempuan berdasarkan gambar profil yang digunakan.

"Susu kecik pun jadi masalah. Lihatlah semua komen balas .. Lelaki, mereka sebenarnya menyangka setiap gadis dilahirkan dengan pan*** besar.

"Entah-entah yang komen ni semua je puting berbulu dan hakikatnya mereka semua perempuan, sungguh memalukan!" tulisnya disertakan dengan screenshot komen-komen 'pedas' .Malah, gadis ini turut mendedahkan terdapat rakannya yang mengalami depresi disebabkan body shamming.

"Seorang rakan pernah memberitahu saya bahawa dia tertekan kerana 'seseorang' mengatakan bahawa payudaranya terlalu kecil dan perlu pam lagi guna pam basikal untuk besar.

"Dia malah mendapatkan krim payudara untuk membuatnya lebih besar. Anda benar-benar menganggap sampah seperti ini lucu? Periksa sendiri," tulisnya lagi.



Di samping itu, rapper dan usahawan, Caprice turut sama terkejut membaca komen-komen wargamaya.

"Kebanyakan komen-komen lucah ni perempuan. Selama ini kita punya stereotaip lelaki ja berani gatai lucah.

"Tetapi kalau kita lihat komen, perempuan berani lucah. Lelaki semua diam.

"Adakah sebab mereka hormat atau barang mereka kecik? Malaysia, hang biar saja.

"Lebih baik kita risau dosa besar dosa kecil daripada barang besar barang kecik," katanya menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG).

Lebih baik kita risau pasal dosa besar dosa kecik.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Terdahulu, Sakinah menerima kecaman hebat daripada pengikut selepas memuat naik foto melakukan pose dengan menayangkan bahagian dada.



Walaubagaimanapun, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired tidak mendiamkan diri dan membalas salah satu komen.



Posting tersebut menerima lebih 50,000 tanda suka.

Sebelum ini juga, Sakinah kerap mencuri tumpuan netizen dengan perkongsian foto-foto yang mengundang kecaman apabila memuat naik gambar seksi.

BACA: “Asalnya Telanjang, Ni Dah Tutup Sikit Dengan...”- Jawapan Sharifah Sakinah Selepas Ditegur Berpakaian Seperti Berbogel

BACA: "Ni Lah Yang Kita Gelarkan Berbaju Tapi Bogel" - Gara-Gara Kongsi Gambar Punggung Melentik, Sharifah Sakinah Ditegur Netizen