Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Terima Nasihat Peguam, Caprice; "I Will Have My Day In Court..."

Asraf Aided
22/07/2021 14:14 MYT
Bintang rap Caprice memberi bayangan tidak mahu lagi menjelaskan lebih lanjut mengenai isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang tular sejak kebelakangan ini.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, tindakan itu dibuat susulan menerima nasihat daripada peguamnya.

"Kalau benda kecil pun boleh tipu, apa lagi benda besar.

"Insya-Allah, peguam saya nasihat untuk tidak lagi menjelaskan satu persatu.

"Saya akan mendapat peluang saya di mahkamah dengan izin dan bimbingan Allah," tulisnya menerusi Instagram Story.



Sebelum perkongsian itu dibuat, Caprice memuat naik posting menegaskan dia tidak akan menipu atau menyebar fitnah dalam perkara melibatkan kemajuan agama Islam dan sesama umat.

"Sebagai individu, saya banyak buat dosa dan banyak lagi kena belajar tentang agama.

"Walaubagaimanapun, saya harap anda tahu yang saya tidak akan menipu atau sebar fitnah dalam soal yang membabitkan kemajuan Islam dan umat Islam," tulisnya.

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Tengahari tadi, Ebit Lew mengadakan sesi Instagram Live bagi memberi pencerahan terhadap beberapa dakwaan Caprice dan Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al-Nuri, berkaitan misi kemanusiaannya di Gaza baru-baru ini.

BACA: Caprice Tuduh Dirinya Sujud Kaki Menteri Di Gaza, Ebit Lew; "Perkara Ini Libatkan Akidah Saya"

BACA: Digelar Dajal & Makan Duit Haram Ebit Lew Nafi Bawa Duit Rakyat Malaysia Masuk Gaza

BACA: Jawab Fitnah, Ebit Lew Persoal Nadir Al-Nuri - "Mana Pergi RM20 Juta Duit Rakyat Malaysia?"

#Caprice #Ebit Lew #Ustaz Ebit Lew #Peguam #Gaza #Instagram Live #Misi kemanusiaan Gaza #UEL #Isu Caprice Ebit Lew #Penjelasan Ebit Lew
;