,
Berita

Terima Rayuan 'Tolonglah Tan Sri, Kami Susah,' Kerajaan Beri Sebab Mengapa Tak Izin Pengeluaran KWSP 1

Maliah Surip
31/10/2020
01:56 MYT
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan wabak COVID-19.
Menerusi laporan Berita Harian, Muhyiddin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang akaun 1 KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.
"Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun 1 KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.
"Memang ramai yang teks saya berkata 'tolonglah Tan Sri, kami susah.' Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu, kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.
"Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah lebih besar pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir semalam.
Meski demikian, kerajaan memahami perit jerih dihadapi rakyat yang berhadapan impak ekonomi akibat wabak COVID-19.
Sehubungan itu, beliau berharap dan mendoakan pandemik COVID-19 akan pulih seberapa segera bagi membolehkan ekonomi negara terus berkembang.
"Saya berharap dalam situasi sukar ini, kita boleh bertahan bersama-sama. Saya tidak boleh menasihatkan rakyat untuk mengikat perut.
"Saya takut nak cakap sebenarnya, takut tersalah cakap. Saya tahu ramai di luar sana yang mengalami kesusahan.
"Ada yang kata saya Perdana Menteri, tentulah dia boleh hidup tetapi yang di bawah ini susah.
"Namun saya amat faham apa dialami rakyat dan kerajaan akan berusaha yang terbaik bagi membantu rakyat yang terjejas.
"Tanggungjawab saya sebagai Perdana Menteri amat besar dan berat, namun saya bersyukur dengan doa rakyat, saya mampu terus bekerja.
"Yang penting rakyat dan kerajaan berganding bahu bagi mengekang wabak COVID-19," katanya.
Sumber: Berita Harian Kredit Foto: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Paetongtarn, PM Thailand termuda

gempak
21/08/2024
06:55 MYT
Pada usia 37 tahun, Paetongtarn Shinawatra menjadi Perdana Menteri termuda Thailand dan wanita kedua yang dilantik ke jawatan itu, selepas ibu saudaranya Yingluck, lapor BBC.
Berita

Meta Mohon Maaf Turunkan Hantaran PM Anwar Berhubung Ismail Haniyeh

gempak
06/08/2024
04:55 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) membuat permohonan maaf susulan penurunan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lepas.
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Viral

Penurunan Harga Telur: Peniaga Lega, Bantu Kurangkan Kos Operasi

gempak
17/06/2024
15:00 MYT
Penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen sebiji berkuat kuasa pada Isnin memberi kelegaan kepada golongan peniaga terutamanya yang melakukan perniagaan kecil-kecilan selain turut disambut baik pengguna di seluruh negara.
Berita

Harga Runcit Telur Gred A, B, C Diturunkan 3 Sen

gempak
17/06/2024
08:21 MYT
Kerajaan memutuskan harga runcit bagi telur gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.