Skip to main content

Berita

Wanita Hampir Temui Ajal, Leher Terjerut Tali Ketika Berlakon Jadi Hantu

IMG 3091

Sekilas

  • Seorang wanita berusia 29 tahun hampir maut selepas lehernya terjerut ketika berlakon sebagai hantu tergantung di sebuah 'escape room' bertemakan hospital di Xinyi.
  • Tali yang digunakan tidak mematuhi piawaian keselamatan menyebabkan wanita itu pengsan dan mengalami serangan jantung sebelum diselamatkan dan dirawat di ICU.
  • Enam individu dipanggil untuk siasatan dan 'escape room' tersebut diarahkan menghentikan operasi selepas tiga pelanggaran keselamatan utama dikenal pasti.

Seorang wanita hampir menemui ajal selepas lehernya terjerut ketika berlakon sebagai hantu tergantung.

Kejadian itu berlaku di sebuah 'escape room' bertemakan hospital di Songde Road di daerah Xinyi pada akhir minggu lalu.

'Hantu' dikenali sebagai Ng, 29, menjadi mangsa kesilapan operasi apabila tali yang digunakan tanpa mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan menjerut lehernya hingga menyebabkan wanita itu pengsan dan mengalami serangan jantung.

Keadaannya hanya disedari pengunjung yang melihat muka 'hantu' bertukar ungu kebiruan selepas Ng tidak lagi bernafas.

Bantuan kecemasan segera berjaya menyelamatkannya dan dia kemudiannya dibawa ke Taipei Medical University Hospital dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Sementara itu, ahli keluarga Ng mendedahkan dia pernah mengadu tentang prop buatan sendiri yang agak berbahaya.

Susulan insiden tersebut, enam individu telah dipanggil pihak berkuasa untuk membantu siasatan.

'Escape room' itu juga diarahkan supaya menghentikan operasi selepas tiga pelanggaran keselamatan utama dikenal pasti.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement