Laman Utama

Teringin Nak Solekkan Jaclyn Victor, Ann Artis Melaram Sakan Di Konsert Final GV9!

gempak
Izwan Isa
29/11/2022
03:50 MYT
Sponsor Banner
Teringin Nak Solekkan Jaclyn Victor, Ann Artis Melaram Sakan Di Konsert Final GV9!
Penonton tegar Gegar Vaganza 9 (GV9), Ann tunaikan janjinya untuk melaram dress baharu sempena dengan Konsert Akhir GV9 yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam, Selangor malam kelmarin.
Ann yang sering hadir memberikan sokongan kepada GV9 sejak minggu pertama berkata, dress berkenaan direka oleh Kay Ibrahim manakala solekan pula hasil kreativiti Suhaizan Shaharudin.
“Malam konsert final GV9 saya mengenakan dress daripada Kay Ibrahim. Saya suka sangat rekaan itu sebab saya nampak kurus.
“Manakala solekan pula oleh Suhaizan daripada Alha Alfa. Terima kasih untuk look malam itu, memang kena dengan saya,” katanya kepada Gempak.
Sungguhpun GV9 sudah tamat, Ann berkata, dia akan tetap memberikan sokongan kepada program-program terbitan Astro lain pada masa akan datang.
“Selepas GV9, insya-Allah, saya akan terus beri sokongan pada program berbentuk hiburan terbitan Astro.
“Jika ada sebarang offer daripada Astro pun saya tak keberatan untuk terima,” kata penyokong juara GV9, Jaclyn Victor itu.
Ditanya apakah perasaannya apabila bintang yang digemari menjuarai GV9, Ann berkata: “Bagi saya Jac dah buat yang terbaik dan dia layak untuk bergelar juara GV9. Menerusi persembahannya, kita tahu dia dan buat sebaik mungkin.
“Daripada minggu pertama sehingga akhir, kita dah nampak kebolehan dia. Itulah Jac yang kita kenal, vokalnya, persembahannya,” tutur Ann.
Dalam pada itu, sebagai seorang jurusolek, Ann terbuka jika diberikan peluang untuk menata rias penyanyi kegemarannya itu.
“Kalau diberi peluang untuk mekapkan Jac, saya terima. Kalau ada rezeki, boleh sahaja,” katanya menutup perbualan.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live