Viral

Teringin Nasi Kenduri Kahwin? Ada Satu Tempat Harus Anda Pergi

gempak
Badrul Hashim
23/07/2020
07:45 MYT
Sponsor Banner
Teringin Nasi Kenduri Kahwin? Ada Satu Tempat Harus Anda Pergi
Kadangkala perasaan teringin itu pasti ada. Apatah lagi apa yang anda inginkan itu hanya mengikut masa tertentu sahaja, dan bukannya setiap masa.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @amymedusaa tentang keinginan untuk makan nasi kenduri kahwin yang mendapat lebih 6,000 ulang kicau dan lebih 7,000 tanda suka.
"Kalau korang teringin nak makan nasi kenduri kahwin tapi tak dapat-dapat jemputan, tak perlu risau sebab kedai ni boleh menyelamatkan craving korang," tulis Amy.
Perkongsian Amy dengan beberapa keping gambar itu turut mendapat sambutan daripada mereka yang pernah singgah ke gerai tersebut yang dinamakan Nasi Kahwin Hari Hari dan mereka menggelarkannya makanan jalanan tradisi Malaysia (Malasyia tradisional street food).
"Hari tu beli tapau. Inilah dia. Ayam Rose dia sedap. Lepas tu kalau tapau boleh makan untuk dua orang. Total RM8.50," kongsi @cikeylx_
"I rasa semua lauk dia. One day nak repeat lagi makan kat sini. I love the vibes," tulis @kmlianzri
Menurut catatan di Facebook Nasi Kahwin Hari Hari, mereka menjual nasi kenduri utara iaitu Nasi Hujan Panas, Ayam Rose Terangkat, Ayam Dua Madu, Daging Masak Hitam, Dalca Utara dan Acar Timun.
Terletak di Jalan Berangan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Nasi Kahwin Hari Hari turut menyediakan menu tambahan pada setiap hari Jumaat. Ditutup pada setiap hari Ahad, Nasi Kahwin Hari Hari beroperasi daripada pukul 10:30 pagi hingga 5:30 petang setiap hari, kecuali Sabtu di mana ia dibuka seawal 7:30 pagi.
Selain itu, ada jaga Ais Kacang Kampung Mat Wi yang dijual pada harga RM3 semangkuk. Gempak cuba menghubungi mereka tetapi panggilan tidak diangkat, mungkin kerana mereka sedang sibuk melayan pelanggan yang datang.
Singgahlah ke Nasi Kahwin Hari Hari untuk menikmat keenakan nasi kenduri utara, tetapi pastikan penjarakan sosial dan anda sentiasa memakai penutup hidung dan mulut ketika beratur.
Kredit Gambar: Twitter dan Facebook
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live