Pelakon Izreen Azminda mengumumkan dia kini sedang hamil empat bulan.

Menerusi akaun Instagram, Izreen memaklumkan khabar gembira itu sambil memegang perutnya.

"Bismillahirrahmanirrahim. Dan journey pun bermula. Tiada apa yang dipinta hanya doa yang baik-baik dari semua," tulisnya bersama tanda pagar #4months.

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda)


Izreen sebelum ini mencetuskan tanda tanya apabila beberapa kali berkongsi video yang memperlihatkan baby bump.

BACA: "Wah Nampak Baby Bump!" - Didakwa Hamil, Peminat Ucap Tahniah Pada Izreen Azminda

Malah, menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini, Izreen memohon doa orang ramai ketika soalan mengenai kehamilan diajukan kepadanya.

"Insya-Allah, doa yang baik-baik," katanya.

Izreen mendirikan rumah tangga bersama Ude Wahid secara rahsia pada 8 Ogos 2019.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim, 2.

Terdahulu, Izreen pernah mendirikan rumah tangga bersama jurukamera, Muhamad Riza dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhamad Adrian Umar, 5.