Hiburan

Ada Stalker Follow, Siti Saleha Pilih Tak Kongsi Rutin Peribadi - "Privasi Itu Penting, Wanita Jangan Keluar Malam, Jangan Kongsi ..."

gempak
Umirah Halim
22/08/2024
08:00 MYT
Sponsor Banner
Ada Stalker Follow, Siti Saleha Pilih Tak Kongsi Rutin Peribadi - "Privasi Itu Penting, Wanita Jangan Keluar Malam, Jangan Kongsi ..."

Pelakon, Siti Saleha memilih untuk kurang membuat siaran langsung di Instagram walaupun kehilangan pengikut di Instagram.

Menurut Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, 34, bimbang terlalu berkongsi di media sosial akan mengancam keselamatannya.

“Tak boleh ingat bila kali terakhir, tetapi saya jarang buat siaran langsung di Instagram dan kurang memuat naik perkara peribadi.

“Saya hanya berkongsi berkaitan kerja atau Enggan Kongsi Rutin Peribadi, Siti Saleha Jarang Buat IG Live… Bimbang Keselamatan Terancam – “Saya Ada Stalker”melancong, sebab itu pengikut saya pun dah berkurang sekarang ni,” katanya ketika ditemui Gempak pada sidang media dan tayangan perdana drama bersiri The Secret di GSC Midvalley, Kuala Lumpur pada Selasa.

Siti Saleha turut mengakui takut untuk berkongsi hal peribadinya, lebih-lebih lagi apabila sejak kebelakangan ini pelbagai berita seperti isu pembunuhan dan kehilangan jadi sorotan di media sosial.

“Privasi itu amat penting, saya rasa orang akan tahu kita berada di mana ketika membuat siaran langsung.

“Saya tak kongsi saya berada di mana atau kongsi keadaan rumah saya. Jadi kita kena bijaklah.

“Untuk wanita terutamanya jangan keluar malam lewat sangat, berkawan dengan orang-orang yang baik. Jangan kongsi lokasi di media sosial,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Saleha turut memaklumkan pengurusnya pernah memberi nasihat untuk berhati-hati kerana dia mempunyai ‘stalker’.

“Saya tak pernah terima mesej yang mengancam keselamatan. Cuma pengurus pernah nasihat saya untuk berhati-hati.

“Dia beritahu saya ada stalker, tapi dia tak cakap la apa mesej yang ditulis oleh mereka itu,” katanya.

Sementara itu, Saleha turut berkata dia sentiasa mempersiapkan diri dengan seni mempertahankan diri sekiranya perlu berhadapan dengan sebarang kemungkinan.

“Saya ada ilmu seni mempertahankan diri Muay Thai. Saya harap boleh melindungi saya tapi kadang kala kita lupa apa yang dipelajari bila panik.

“Kena peka dengan keadaan sekeliling.. Alhamdulillah, tak pernah ada perkara membimbangkan terjadi,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Saleha akan membintangi drama The Secret iaitu terbitan platform penstrimen popular Viu bersama selebriti terkenal, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Ucop, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live