Laman Utama

Terserempak Di KLIA, Netizen Terkejut Billie Eilish Tiba Awal Untuk Konsert - “Kalau Lambat Nanti Jalan Jem”

gempak
Azwa Rahman
17/08/2022
09:59 MYT
Sponsor Banner
Terserempak Di KLIA, Netizen Terkejut Billie Eilish Tiba Awal Untuk Konsert - “Kalau Lambat Nanti Jalan Jem”
Penyanyi popular antarabangsa, Billie Eilish tiba di Kuala Lumpur bagi menjayakan konsert Happier Than Ever The World Tour 2022 yang akan diadakan pada Khamis ini.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkesempatan bertemu dengan Eilish sewaktu penyanyi itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa malam. Pada perkongsian tersebut, kelihatan Eilish atau nama sebenarnya Billie Eilish Pirate Baird O'Connell, 20, dikelilingi oleh pasukan yang mengiringi persembahannya dan pengawal peribadi.
Sementara itu di ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa teruja mereka melihat penyanyi kesayangan mereka sudah tiba untuk membuat persembahan.
Dalam pada itu, ramai juya yang turut mengusik penyanyi yang popular dengan lagu Bad Guy itu yang dikatakan tiba awal beberapa hari sebelum tarikh konsertnya Khamis ini.
“Awalnya dia sampai! Mesti ada orang bagitau kalau lambat nanti jalan jem. Bye,” komen seorang wargmaya.
“Bestie, welcome to Malaysia!” kata seorang wargamaya.
“Dia baru sampai mesti dia terkejut tengok jalan KLIA sekarang macam jalan takde budget,” usik seorang wargamaya.
“Arghhh tak percaya konsert dia esok!” ujar seorang wargamaya.
“Shit! isteriku sampai tak roger,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mencapai hampir 10,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024