Laman Utama

“Teruskan Doa Untuk Saya &…Isteri, First Time Sebut Ni” - Majlis Nikah, Remy Ishak Tak Nervous, Wali Pula Yang….

gempak
Hanafis Haris
21/08/2021
08:45 MYT
Sponsor Banner
“Teruskan Doa Untuk Saya &…Isteri, First Time Sebut Ni” - Majlis Nikah, Remy Ishak Tak Nervous,  Wali Pula Yang….
Pelakon Remy Ishak yang telah pun bergelar suami kepada Ezza Yusof masih tenang ketika majlis akad nikah di Masjid Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak, 39, dia terlebih dahulu sempat beberapa kali membuat latihan atau ’rehearsal’ sebelum majlis bermula.
Namun, perkara yang sebaliknya pula berlaku apabila abang kepada isterinya, Rozman Yusof, yang tiba-tiba gementar ketika akad nikah.
“Sebenarnya saya tak nervous tapi wali yang nervous.
“Abang Ezza yang nikahkan saya tu tiga kali ker empat kali juga dia try.
“Saya okey sebab dah rehearsal banyak kali dalam drama, Alhamdulillah berjalan lancar,” katanya berseloroh.
Menurut Remy, dia kini perlu menggandakan apa yang selalu dibuatnya berbanding sebelum ini.
“Untuk perancangan, saya kena ‘double up’ apa yang saya selalu buat. Myself Remy Ishak, saya selalu buat terbaik, about diri saya dan juga orang sekeliling serta kerjaya saya.
So in future, saya akan buat benda sama tapi lipat kali ganda setiap apa saya buat. Dah ada komitmen sebelah ni,” katanya.
Tambah Remy, dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan dia dan isteri.
“Teruskan doa yang baik-baik untuk saya dan…isteri. First time sebut ni,” katanya.
Pada sama sama, Ezza turut menzahirkan rasa syukurnya apabila sah menjadi isteri kepada Remy.
“Alhamdulillah semuanya jalan lancar,” katanya ringkas.
Terdahulu, dengan hanya sekali lafaz, Remy Ishak sah bergelar suami kepada Ezza atau nama sebenarnya
Roszaliza Yusof, 38 dalam majlis akad nikah di Masjid Negara, Kuala Lumpur kira-kira jam 1 petang tadi.
Remy Ishak bersama isteri dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof.
Ezza menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live