gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Saya Pernah Terberak Atas Pentas Di China, Tiada Siapa Tahu Kecuali...” - Jessie J
HIBURAN
Abang Kunci Mulut, Minta Beri Masa Untuk Muntazar Ghufran Beri Kenyataan - “Boleh Beri Kami Sedikit…”
HIBURAN
Netizen Persoal Tindakan Saidah Kamarudin Dedah Punca Putus Tunang - “Awak Layak Memilih Tapi Janganlah Buka Aib Si Lelaki”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Hanya Sekali Lafaz, Remy Ishak Sah Bergelar Suami Ezza Yusof! Disatukan Dalam Majlis Penuh SOP

gempak
Hanafis Haris
21/08/2021
05:54 MYT
Sponsor Banner
Hanya Sekali Lafaz, Remy Ishak Sah Bergelar Suami Ezza Yusof! Disatukan Dalam Majlis Penuh SOP
Hanya sekali lafaz, pelakon Remy Ishak, 39, sah bergelar suami kepada Roszaliza Yusof, 38, atau Ezza Yusof dalam majlis akad nikah di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pasangan itu dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof.
Ezza menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.
Majlis akad nikah yang bermula jam 1 petang itu berlangsung secara ringkas dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Malah, kedua-dua mempelai dilihat serba segak dan anggun menggayakan busana perkahwinan rekaan Mirul Jonit dan tatarias oleh jurusolek Chomel serta Adik Wan. Pasangan itu turut mendapat sentuhan gaya dari Tym Fatimah.
Menurut Remy, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar.
Pada masa sama, pasangan ini menitipkan ucapan khas buat semua rakan-rakan dan peminat.
“Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri, mohon mendoakan kebaikan & kesejahteraan buat kami berdua," kata Remy.
Apapun tahniah Gempak ucapkan!
Kelmarin, secara eksklusif kepada Gempak TV, Remy mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinannya esok iaitu 21 Ogos.
Aktor itu memberitahu, mereka bakal dinikahkan di sebuah lokasi di ibu negara dengan mengikut SOP yang ditetapkan kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).
Menerusi temu bual itu, Remy berkongsi perasaannya serta perancangannya yang dibuat sejak Mei lalu.
Program Gempak TV itu disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria malam semalam.
BACA: EKSKLUSIF Remy Ishak Sahkan Nikah Sabtu Ini
BACA: Kahwin Waktu PKP, Remy Ishak Persiap Mental Jadi Suami
Topic Berkaitan
#pelakon
#Kahwin
#Nikah
#Remy Ishak
#Ezza Yusof
#Usahawan
Must-Watch Video