,
Hiburan

“Tetapkan Peraturan Tiada ‘Password’ Di Telefon Bimbit...”- Yatt Hamzah Kongsi 5 Tip Jika Suami Curang

Syafiqah Jalal
09/09/2020
06:30 MYT
Pelakon Yatt Hamzah berkongsi tip apa yang perlu dilakukan oleh isteri jika suami berlaku curang.
Pun begitu, Yatt memberitahu mencegah lebih baik dari mengubati dan setiap isteri perlu ambil langkah yang bijak jika ia berlaku.
Berikut merupakan 5 tip yang dikongsi Yatt menerusi ilmu yang dia dapat dari guru-guru bertauliah.
1) Berhenti tuding jari! Paling penting dalam kes curang, jangan cari silap pasangan! Ramai lelaki yang berlaku curang tidak mahu mengaku kesalahan sendiri, sebaliknya mula menunding jari kepada pasangan. Mungkin benar pasangan ada kekurangan di sana sini, namun semua itu bukan lesen untuk lelaki berlaku curang. Sebaiknya bermuhasabah diri.
2) Bersemuka Memendam rasa bukanlah jalan penyelesaian. Lebih baik bersemuka dengan pasangan untuk cari penyelesaian. Memendam rasa hanya menjadikan keadaan lebih rumit sehingga boleh mengundang depresi. Ingat, hanya bersemuka dengan suami bukan dengan scandalnya! Be prepared & stay calm. Jangan beremosi.
3) Apa yang boleh dimaafkan? Setiap individu ada limitasi dlm menghadapi sesuatu isu. Melampau bagi anda, mngkin tak kepada orang lain. Setiap orang ada prinsip tersendiri tentang kemaafan. Ada isteri yang langsung tak boleh terima jika suami keluar dengan wanita lain biarpun hanya seorang kawan. Tapi ada juga yang tak kisah asalkan inform lebih awal. Jadi bincang sama-sama krisis yang terjadi, teliti dan dalami apa yang boleh dimaafkan, apa yang tidak.
4) Tetapkan peraturan Jika isu kepercayaan berterusan, tetapkan peraturan antara anda dan si dia. Contohnya, dia tidak boleh lagi menetapkan kata laluan di telefon bimbit, memaklumkan ke mana tujuannya jika mahu pulang lewat malam atau minta dia bawa anda bersama jika ada apa-apa acara di luar.
5) Beri peluang kedua Hanya anda yang boleh menilai sama ada boleh beri peluang kedua kepadanya atau tidak. Jika rasa berbaloi, pastikan dia benar-benar faham bahawa tiada lagi peluang ketiga atau keempat untuknya. Ingat, ‘Fool me once, shame on you, fool me twice, shame on me!’
Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Dalam perkahwinan kedua Yatt itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, Suci Hayfa Medina, 2, dan Suci Hawa Zulaikha, 1.
Sementara dalam perkahwinan pertamanya sebelum ini Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, bersama Abdul Mutalib Shukor.

Petang2 ni topik panas pula. JOM bincangkan sbb ramai yg dm Bonda dr dulu bertanyakan isu ni. Sy bukanlah orang yg tepat utk menjawab tp In shaa Allah Bonda share juga sedikit yg sy dpt dr guru2 yg bertauliah. . Bagi wanita yg berdepan dg teman hidup yg curang, BE STRONG & JGN NEGATIF. Ambil langkah yg BIJAK. REMEMBER, YOU ARE STRONGER THAN YOU THINK! SUAMI BKN MILIK KITA, DIA MILIK ALLAH..BILA ALLAH UJI TANDANYA ALLAH SYG. . To me PREVENTION IS BETTER THN CURE. 5 TIPS di atas utk CEGAH & ELAK SUAMI DR CURANG. Tapi jika msh juga berlaku, CUBA 5 cara ini; 1) Berhenti tunding jari! Plg penting dalam kes curang, jgn cari silap msg2! Ramai lelaki yang berlaku curang tidak mahu mengakui kesalahan sendiri, sebaliknya mula menunding jari kepada pasangan. Mungkin benar pasangan ada kekurangan di sana sini, namun semua itu bukan lesen untuk lelaki berlaku curang. Sebaiknya BERMUHASABAH DIRI. 2) Bersemuka Memendam rasa bukanlah jalan penyelesaian. Lebih baik bersemuka dengan psgn untuk cari penyelesaian. Memendam rasa hanya menjadikan keadaan lebih rumit sehingga boleh mengundang depresi. Ingat, hanya bersemuka dg suami bkn dg scandalnya! Be prepared & stay calm. JGN BEREMOSI. 3) Apa yang boleh dimaafkan? Setiap individu ada limitasi dlm menghadapi sesuatu isu. Melampau bagi anda, mngkin tak kpd orang lain. Setiap org ada prinsip tersendiri ttg kemaafan. Ada isteri yg langsung x boleh terima jika suami keluar dg wanita lain biarpun hanya seorang kwn. Tapi ada juga yg x kisah asalkan inform lebih awal. Jadi bincang sama2 krisis yg terjadi, teliti dan dalami apa yang boleh dimaafkan, apa yg tidak. 4) Tetapkan peraturan Jika isu kepercayaan berterusan, tetapkan peraturan antara anda dan si dia. Contohnya, dia tidak boleh lagi menetapkan kata laluan di telefon bimbit, memaklumkan ke mana tujuannya jika mahu pulang lewat malam atau minta dia bawa anda bersama jika ada apa2 acara di luar. 5) Beri peluang kedua Hanya anda yang boleh menilai sama ada boleh beri peluang kedua kpdnya atau tdk. Jika rasa berbaloi, pastikan dia benar2 faham bhw tiada lagi peluang ketiga atau keempat untuknya. Ingat, ‘Fool me once, shame on you, fool me twice, shame on me!’ . #yattmengayat

A post shared by BONDA YATT MOM OF 4 CHILDREN (@yatthamzah_suci) on

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Wanita Warga Emas Potong Suami Pakai Gergaji & Ubah Suai Rumah, Polis Sifatkan Kes Brutal

gempak
06/10/2024
13:55 MYT
Seorang wanita warga emas berusia 53 tahun tidak dibenarkan diikat jamin dan bakal dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Disember depan selepas ditangkap kerana didakwa membunuh suaminya.
Viral

“Selagi Bukan Zina…” - Netizen Nasihat Cik Epal Untuk Perbaiki Hubungan Bersama Jofliam

gempak
06/10/2024
03:55 MYT
Pempengaruh terkenal, Cik Epal, telah memuat naik satu hantaran gambar di Instagram miliknya dengan kapsyen berbaur luahan hati.
Hiburan

"Dulu Orang Curang Sembunyi-Sembunyi, Sekarang..." - Adik Waniey Cuit Pendengar Dengan Lagu Curey Depe Mato

gempak
05/10/2024
14:00 MYT
Adik Waniey atau nama sebenarnya Azmahirwani Nordin, 33, mengetengahkan genre ‘Pop Dangdut Moden’, satu konsep baharu yang dijangka mampu diterima ramai pendengar khususnya penduduk di Pantai Timur.
Hiburan

Tak Puas Hati Isu Curang, Netizen Kongsi Gambar Mesra Jofliam & Dewi?

gempak
05/10/2024
01:12 MYT
Khabar angin tentang perselingkuhan chef pizza, Jofliam seakan-akan tidak menemui titik noktah apabila dirinya dikatakan kelihatan mesra bersama pekerjanya iaitu Dewi semasa acara The Best Pizza 2024, yang berlangsung di Milan, Itali baru-baru ini.
Hiburan

Pinkan Mambo Cerai Kali Ketiga, Hobi Tak Sama Punca Berpisah Dengan Penjual Ubi Kayu

gempak
04/10/2024
08:46 MYT
Penyanyi Indonesia, Pinkan Mambo mengumumkan telah bercerai dengan suami, Arya Khan.
BorakSeeni