Laman Utama
“Tewas Akhirnya…” – Tak Boleh Tengok Rumah, Sam Terpaksa Bawa Syatilla Duduk Di Hotel Siap Bawa TV
Pelakon Syatilla Melvin akhirnya tewas dengan alahan pelik yang dihadapi ketika hamil anak ketiga.
Menurut Syatilla atau lebih mesra dengan panggila Tilla memberitahu sepanjang dua minggu ini dia cuba melawan alahan pelik iaitu tidak boleh tengok rumah sendiri.
“Sanggup bawa tv besar dari rumah supaya tak bosan, kalau dah bawa tv maksudnya bukan duduk sekejap eh.
“Dua minggu berlawan dengan diri sendiri untuk tak nak keluar dari rumah, lawan emosi, lawan alahan pelik tak boleh tengok rumah sendiri ni,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.
Tambah Tilla lagi, ini merupakan kali pertama berdepan dengan alahan pelik seperti ini.
“Tewas akhirnya... Rasa hidup tak ada kualiti duduk tengok perabot rumah, nak buat semua benda tak jadi, lembik longlai badan.
“Demi Allah ini kali pertama Tilla ada alahan macam ini, mengandung sebelum ini langsung tak merasa, siap boleh pergi shooting hari-hari sampai perut besaq!
“Kali ini sangat-sangat luar biasa, rasa serik pun ada. InsyaAllah doakan bayi ketiga ini sihat sempurna sifat itu paling penting.
“Terima kasih suamiku yang sentiasa setia ada di mana-mana, aku tidoq kat bawah dia ikut, tidoq atas dia ikut, tidoq kat ruang tamu dia ikut. Ini baru lah namanya kerjasama selamanya! Sayang awk @shaheizy_sam,” coretnya.
Syatilla sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali dan itu merupakan kehamilan keenamnya.
Kali terakhir Syatilla keguguran pada bulan April lalu, ketika usia kandungannya lapan minggu.
Sebelum ini, Syatilla keguguran kali pertama sebelum hamilkan anak sulung mereka dan kali keduanya sebelum mengandung anak kedua.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 itu dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2 tahun.
Must-Watch Video