Hiburan

#Throwback2000: 7 Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sahmura, Album Tempatan Pertama Dilancarkan Pada Alaf Baharu

Izwan Isa
16/02/2024
07:55 MYT
Istilah Y2K atau Year 2000 merupakan istilah yang pernah hangat digunakan pada circa penghujung tahun 1999 hingga 2000.
Selain daripada fesyen dan teknologi, Y2K turut menjadi penanda aras terhadap perkembangan muzik dunia, termasuk Malaysia.
Tidak terkecuali, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mengukir sejarah tersendiri apabila menjadikan detik 12 tengah malam pada 1 Januari 2000 sebagai tarikh dan masa pelancaran album studio keenamnya yang berjudul Sahmura.
Apakah yang menyebabkan album bergenre pop etnik dan irama Malaysia ini dipandang istimewa di mata peminat? Berikut merupakan fakta-fakta mengenai Sahmura yang anda perlu tahu.
Jom semak!
- Sahmura dilancarkan tepat pukul 12 tengah malam ketika dunia menjengah ke alaf baharu tahun 2000. Pelancaran album tersebut diadakan di KLCC.
- Mempunyai 10 buah lagu, Sahmura turut membariskan komposer-komposer terkemuka tanah air seperti Allahyarham Pak Ngah, S. Atan, Khir Rahman dan To’Ki.
- Balqis, ciptaan Pak Ngah dan lirik oleh Hairul Anuar Harun dipilih sebagai single utama Sahmura.
- Single ini ditulis berdasarkan kisah Ratu Balqis, pemerintah Kerajaan Saba seperti yang diceritakan dalam Al-Quran.
- Antara anugerah yang dirangkul oleh Siti menerusi lagu ini termasuklah Juara Lagu dan Juara Kategori Irama Malaysia/Etnik Kreatif (Anugerah Juara Lagu Ke-15) serta Lagu Paling Popular (Anugerah Planet Muzik 2001).
- Single kedua daripada Sahmura, Ya Maulai turut menempa kejayaan pada pentas Anugerah Juara Lagu Ke-16 (AJL16) menerusi kategori Persembahan Terbaik.
- Klip video bagi lagu Balqis dirakam di Hotel Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur. Lokasi yang sama turut digunakan bagi sesi rakaman klip video Anta Permana, lagu nyanyian Siti yang diluncurkan 18 tahun selepas penerbitan Sahmura.

BERITA TRENDING: Coldplay Rampas ‘Takhta’ Di Stadium Nasional Bukit Jalil, Tapi Siti Nurhaliza Yang Trending… Ini Sebabnya

BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Cipta Dua Rekod Dalam Masa Satu Hari, Memang Mega!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harumkan Nama Malaysia, Anak Saudara Siti Nurhaliza Rangkul Pingat Emas Dalam Pertandingan WCOPA Ke-27

gempak
06/07/2024
06:04 MYT
Anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umai, berjaya merangkul pingat emas di 2024 Junior Champion Vocalist menerusi pertandingan antarabangsa World Championships of Performing Arts (WCOPA) Ke-27 di Los Angeles pada Sabtu.
Hiburan

Pulihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Antara Pencapaian Huzz Yang Membanggakan

gempak
02/07/2024
06:34 MYT
Penyatuan dua penyanyi hebat iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara pencapaian membanggakan sepanjang Allahyarham Huzz bergelar wartawan hiburan.
Gaya Hidup

Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

gempak
01/07/2024
02:54 MYT
Pereka fesyen, Ezuan Ismail kagum dengan cara kerja yang ditunjukkan penyanyi tersohor Datuk Seri Nurhaliza sepanjang dua hari berada di belakang pentas bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini.
Hiburan

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Duet Lagu Kurik Kundi! Ini Kejutan Lain Konsert Destiny Of Music

gempak
08/06/2024
18:17 MYT
Konsert Destiny of Music yang akan diadakan di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam pada 29 Jun 2024 ini tampil kelainan dengan mempersembahkan perjalanan dan perkembangan muzik dari era 80-an hingga ke masa kini.
Hiburan

“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

gempak
23/04/2024
07:55 MYT
Kalau ada rezeki, ada.