,
The Hardest Singing Show

THSS: Bawa Elemen Kadazan Dusun, Stacy Raih Markah Tertinggi 87.84 Peratus! Jom Semak Markah Penuh Semua Peserta

Umirah Halim
24/06/2024
03:55 MYT
Penyanyi, Stacy telah dinobatkan sebagai peserta yang menduduki tangga pertama di minggu ketujuh dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
Stacy tampil memukau penonton dengan persembahan bertenaganya yang diiringi dengan gabungan tarian daripada Kadazan Dusun iaitu tarian buluh.

Stacy raih 87.84%

Dengan tema Dunia Belagu, minggu ini telah menyaksikan Stacy menerusi lagu nyanyian asal, Puan Sri Tiara Jacquelina iaitu Asmaradana berjaya mengungguli kesemua tujuh bintang lain dengan markah 87.84% sekaligus membawa pulang RM2,000 untuk Anugerah The Hardest of Night.
Persembahan memukau daripada Stacy itu juga sekali lagi menjadi pilihan peminat dan penonton dengan meraih undian yang banyak sekaligus mendapat Anugerah Pilihan The Hardest Singing Show Alha Alfa untuk minggu kedua dan telah membawa pulang RM3,000.

ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Penangan Sheesh & Persembahan Out Of The Box, Aisha Retno Raih Mata Tertinggi 94.55%! Ini Senarai Markah Penuh

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS

​ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"

​ARTIKEL BERKAITAN: THSS: Selalu Buat Aksi Stunt Ganas, Ayda Jebat Sudah Terima Nasihat Doktor

​ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”

Manakala, tiada penyingkiran peserta diumumkan pada minggu ini kerana semua LUSM (Level Up Satu Minggu).
Jom kita semak markah penuh peserta untuk konsert minggu keempat The Hardest Singing Show;
Rancangan 10 minggu ini bakal diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan, termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan 'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
* Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
* Juara 'The Hardest Singing Show' akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000
beserta trofi sumbangan Astro.
* Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu "The Hardest Gempak Meter" pada setiap minggu. Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
* Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
'The Hardest Singing Show' akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu bermula 12 Mei 2024, setiap Ahad, jam 9.00malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show bakal bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Terkilan Syarat Tidak Diikuti, Stacy Dedah Punca Tarik Diri Daripada Konsert Sumandak Stars - “Saya Fikir Ada Kesilapan Teknikal Tetapi….”

gempak
21/10/2024
03:25 MYT
Menerusi temu bual bersama Hlive, Stacy memaklumkan bahawa pada mulanya dia cuba berfikiran positif dimana ada kesilapan teknikal yang berlaku namun sangkaanya meleset.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria & Balqis Tersingkir, Gie Raih Tempat Pertama Di Minggu Kelima!

gempak
12/10/2024
22:35 MYT
Kilauan Emas 2024 minggu kelima telah menyaksikan lapan peserta layak ke minggu seterusnya.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Maria Raih Emas Berkilau Of The Tiga Kali Berturut-Turut, Tiada Penyingkiran Di Minggu Keempat

gempak
06/10/2024
00:14 MYT
Kilauan Emas 2024 minggu keempat telah menyaksikan sepuluh peserta layak ke minggu seterusnya.
kilauan-emas

Kilauan Emas 2024: Ina Raih Tempat Pertama, Dino Pukau Juri, Maria Bawa Pulang Piala Emas Berkilau Of The Week

gempak
21/09/2024
18:55 MYT
Kilauan Emas 2024 minggu kedua telah menyaksikan semua peserta layak ke minggu seterusnya.
BorakSeeni