Terkini

THSS: Edry Kata Perfect 10! Aepul Roza Rampas Takhta Tangga Pertama, Ini Senarai Markah Penuh Minggu Kedua

Mya Amri
20/05/2024
00:52 MYT
Penyanyi, Aepul Roza diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama di minggu kedua dalam pertandingan The Hardest Singing Show.
Dengan bertemakan Revolu-sihat, Aepul menyampaikan lagu berjudul Nakal nyanyi asal kumpilan Gigi.
Menariknya, untuk persembahannya kali ini Aepul tampil mengangkat tema solidariti untuk pemain bola sepak negara iaitu Faisal Halim.

BERITA TRENDING: THSS: Dedikasi Persembahan Solidariti Untuk Faisal Halim, Aepul Roza Terima Komen Positif Daripada Edry

Persembahan bertenaga penyanyi berusia 36 tahun itu mendapat standing ovation daripada barisan juri dan diikuti dengan sorakan gemuruh penonton.

Peroleh markah 90.40 peratus

Jika minggu lalu tempat pertama dimiliki oleh Ayda, kali ini kedudukan itu dirampas oleh Aepul dengan markah sebanyak 90.40%.
Manakala Ayda yang menyampaikan lagu I’m Sexy And I know It nyanyian asal LMFAO pula menduduki tempat kedua dengan markah 88.51%

Senarai markah penuh

Berikut merupakan markah penuh untuk minggu kedua The Hardest Singing Show:
1.Aepul Roza - 90.40%
2. Ayda Jebat - 88.51%
3.Aisha Retno - 88.34%
4.Zizi Kirana - 85.17%
5.Kaka Azraff - 84.17%
6.De Fam - 77.29%
7.Stacy - 74.21%
8.Putera Muhammad - 71.33%

PILIHAN PEMBACA: THSS: Bertemakan ‘Revolu-sihat’, Ini Senarai Lagu Tugasan Peserta Minggu Ke-2 The Hardest Singing Show

Dalam pada itu, Datin Alyah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada rancangan The Hardest Singing Show kerana mendapat panggilan untuk menunaikan haji pada 12 Jun depan.

BERITA TRENDING: THSS: Datin Alyah Tarik Diri, Dapat Panggilan Tunaikan Haji

Berita itu dikongsi Alyah menerusi siaran langsung pada Ahad.
The Hardest Singing Show dihoskan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Rina Nose.
Sementara itu tanggungjawab sebagai juri profesional pula disandang oleh Edry Abdul Halim, Zizan Razak dan Datuk Seri Rossa.
Masing-masing merupakan komposer, penyanyi, pelawak dan pelakon yang telah lama berkecimpung dalam dunia seni.
Jangan lupa saksikan The Hardest Singing Show setiap Ahad, jam 9.00 malam menerusi Astro Ria (Saluran 104).
Program ini bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama sepuluh minggu.
The Hardest Singing Show ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box, aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Persiapan persembahan setiap peserta akan dipaparkan menerusi Studio The Hardest Singing Show dan segala telatah dibalik tabir, perbincangan, latihan di pentas utama dapat di saksikan di BTS The Hardest Singing Show yang dihoskan oleh Ceddy Ng selama 30 minit setiap minggu, dibawakan istimewa kepada para penonton dan peminat.
Xtended The Hardest Singing Show pula bersiaran secara langsung sejurus selepas konsert utama, pada jam 11.30 malam, setiap Ahad yang akan dihoskan oleh 3 Pagi ERA iaitu Nabil Ahmad, Radin & Azad Jazmin.
The Hardest Singing Show menyaksikan format pertandingan luar biasa dan pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan The Hardest Singing Show diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.
Penjurian & Trivia The Hardest Singing Show
• Persembahan setiap peserta menerusi 'The Hardest Singing Show' akan diadili 100% daripada pemarkahan oleh barisan panel juri profesional.
• Juara The Hardest Singing Show akan membawa pulang wang tunai bernilai RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.
• Para penonton dan peminat boleh mengundi mana-mana persembahan peserta kegemaran mereka bagi menentukan pemenang mingguan iaitu The Hardest Gempak Meter pada setiap minggu.
• Undian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi laman rasmi http://gempak.com/thehardestsingingshow.
• Eksklusif buat rancangan terbaharu ini, Astro turut mengeluarkan lagu tema yang berjudul 'I'm The Best' dan lagu tema yang bergenre Pop ini ditulis oleh komposer muda Iqie Hugh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syamel Amzah Teratas, 10 Peserta Tersingkir… Jom Semak Markah Penuh Minggu Pertama Semua Peserta

gempak
21/07/2024
21:55 MYT
Dengan tema Tik & Tok, minggu pertama Gimme The Mic Malaysia menyaksikan Syamel dengan nyanyian To Love Somebody berjaya mengungguli kesemua 30 peserta dengan markah 67.1%.
the-hardest-singing-show

THSS: Syok Sangat Buat Stunt, Lutut Aepul Roza 'Terkeluar'! - "Dari Minggu Pertama Sakit Belakang, Buku Lali Saya Pula ..."

gempak
16/07/2024
01:55 MYT
Juara The Hardest Singing Show (THSS), Aepul Roza mendedahkan pernah mengalami beberapa insiden kecederaan sewaktu melakukan persembahan di atas pentas THSS.
the-hardest-singing-show

THSS: Main Sihir? Aisha Retno Dakwa 'Diganggu' Senior Sepanjang Bertanding - "Saya Sedih, Sempat Mengidolakan ..."

gempak
15/07/2024
23:55 MYT
Penyanyi Aisha Retno memberitahu kehadirannya dalam pertandingan realiti itu tidak disenangi oleh semua pihak.
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Naib Juara The Hardest Singing Show, Ayda Jebat Tumpang Gembira Kemenangan Aepul

gempak
15/07/2024
10:30 MYT
Penyanyi Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia tidak berasa ralat dalam dirinya walaupun mendapat tempat kedua di konsert final The Hardest Singing Show musim pertama malam tadi.
the-hardest-singing-show

THSS: Aepul Roza Berhabis RM60,000 Sepanjang Pertandingan, Ambil Risiko Berdrum 90 Darjah

gempak
15/07/2024
09:25 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mendedahkan telah berhabis sebanyak RM60,000 untuk persembahannya sepanjang 10 minggu bertanding di program realiti The Hardest Singing Show (THSS).