“Tiada Benci Antara Kami” - Rujuk Kembali, Nora Ariffin & Suami Banyak Ambil Iktibar
Gempak
20/09/2024 08:55 MYT
20/09/2024 08:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan tiada dendam antara dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli, meskipun perkahwinan mereka hampir menemui titik noktah.
Tiada rasa benci
Malah pemilik nama penuh Wan Norafizah Datuk Wan Ariffin itu menyifatkan keputusan untuk rujuk semula dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh dan Usul, Universiti Malaya itu sebagai ketentuan ALLAH SWT.
“Jodoh pertemuan adalah rahsia Allah. Kami bersyukur kerana kuasa Allah yang Maha Mengetahui menyatukan kembali perkahwinan kami. Alhamdulillah.
"Kami ambil iktibar apa yang berlaku dan saling memaafkan. Tiada benci antara kami," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Anak-anak tak campur urusan peribadi
Tambah pelatun Hanya Satu itu, mereka berharap orang luar juga turut mendoakan yang terbaik buat mereka dan peristiwa sebelum ini tidak berulang lagi.
“Kita sama-sama doakan yang baik untuk semua orang. Insya-ALLAH, setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan,” katanya.
Dalam masa sama, wanita berusia 51 tahun itu bersyukur kerana anak-anak memahami dan tahu keadaan sebenar.
"Anak-anak lebih selesa untuk tidak mencampuri urusan peribadi mak dan ayah. Mereka tahu keadaan sebenarnya," ujar Nora ringkas.
Pada Ogos lalu, Nora memaklumkan diceraikan dengan talak satu oleh Rushdi dan lafaz itu dibuat melalui rakaman video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Namun, Nora baru-baru ini mengesahkan dia telah rujuk semula dengan Rushdi selepas sebulan mengumumkan perceraian mereka.
ARTIKEL BERKAITAN:Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi
ARTIKEL BERKAITAN:Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”
ARTIKEL BERKAITAN:Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”
ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Terlalu Seronok, Melihat Orang Bercerai-Berai, Kita Tak Tahu Hal Sebenar - Nora Ariffin
ARTIKEL BERKAITAN:Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video
Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi. Johan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.
Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, tetapi anak kedua, Muhammad Syakir Aliff meninggal dunia pada 14 Disember 2019.
Sumber: Sinar Harian