Tidak dinafikan muzik merupakan salah satu medium terbaik untuk menyampaikan dakwah.
Kumpulan nasyid Hijjaz mengambil inisiatif tersebut untuk berkongsi dan menyampaikan dakwah serta ajaran positif yang dituntut agama.
Kini, sebuah lagu lama yang pernah dipopularkan oleh biduan teragung Malaysia, Tan Sri P. Ramlee yang berjudul Tiada Kata Secantik Bahasa telah diberikan nafas baharu untuk menyampaikan pesanan positif tentang baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Selain Hijjaz lagu Tiada Kata Secantik Bahasa 2020 (TKSB2020) turut dinyanyikan bintang program Mentor musim ketujuh, Pasya serta pasangan penyanyi hip hop Kmy Kmo dan Luca Sickta.
“Idea untuk membuat lagu TKSB2020 ini sudah 2 tahun, ketika Hijjaz berada di Madinah membuat umrah.
“Terdetik di hati adakah lagu daripada Tan Sri P.Ramlee kalau diubah kepada selawat Nabi S.A.W. akan dapat diterima oleh peminat daripada genre Rock, Nasyid dan Hip Hop?,” kata Isman mewakili Hijjaz.
Bagaimanapun mereka menarik nafas lega apabila Universal Music bersetuju dan mengemasikini idea yang lebih memberasangkan malah, MonkeyBone juga memberi kerjasama yang amat positif.
Lagu gubahan asal Tan Sri P. Ramlee dan lirik oleh Jamil Sulong ini memaparkan lirik baru nukilan ahli kumpulan Hijjaz, Isman Nadim bersama-sama dengan Kmy Kmo dan Luca Sickta juga.
“Dengan gabungan ini diharap peminat di luar dapat menerima kelainan lagu TKSB2020 dengan berselawat.
“Muzik adalah uiversal tiada yang mustahil kalau kita mencuba sesuatu kelainan. Asalkan mesej yang hendak disampaikan dapat mendapat tempat di hati,” kata Luca Sicta.
Idea untuk membuat lagu ini telah dirancang oleh Isman Nadim (Hijjaz) dan Penasihat A&R Domestik Universal Music Malaysia, Hermond Cheng.
Lagu terbitan Universal Music Malaysia ini sudah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 25 Oktober lalu.
Video muzik rasmi TKSB2020 boleh dilayari di saluran YouTube Unviersal Music Malaysia.
Fiza Kamarudin
Thu Oct 29 2020

.jpg?ext=.jpg)
“Amirul Tak Datang Rehearsal Ke?”- Netizen Kacau Suami Ain Edruce Buat Tiktok
Ain Edruce suka kacau suami dia
.jpg?ext=.jpg)
"Ini Kemenangan Untuk Ampang, Parti" - Hans Isaac, Pemilihan PKR 2022
Tahniah Dato Hans
.jpg?ext=.jpg)
“Bakal Menjadi Album Of The Year…” – Peminat J-Hope BTS Mula Teruja
Yahooo tak sabar

Korang Kaki Drama? Korang Berada Di Tempat Yang Betul!

"Dari Budak Nakal Sekarang Sudah Berkahwin" - Joe Flizzow Imbas Kisah Hidup Dalam Lagu Satu Malam Di Temasek
Lagu ini dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya yang sangat berbakat, SonaOne.
.jpg?ext=.jpg)
Shuk Sahar Datang Mahkamah Syariah? Netizen; "Dia Yang Menyakiti Tapi Seolah Dia Disakiti"
Apa pun selepas ini semoga baik-baik sahaja

"Saya Pernah Berdepan Insan Narsis & Diperlakukan Dengan Teruk" - Elizabeth Tan
Elizabeth Tan dan Zynakal bergabung dalam lagu baru berjudul Narsis.
.jpg?ext=.jpg)
Peserta Ceria Popstar Xtra Menangis Kena Marah Mas Idayu, Ini Sebenarnya Yang Berlaku
Mas Idayu marah peserta

Peminat Mahu Pengarah Syahmi Sazli Jadi Pelapis Generasi Arwah Mamat Khalid - “Hang Boleh Pergi Jauh”
Memang ada potensi
.jpg?ext=.jpg)
“Usia Kandungan Memasuki 5 Bulan…”- Penyanyi Azzam Sham Kongsi Berita Isteri Hamil
Tahnaih Azzam dan Sheryl