Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

Umirah Halim
06/09/2024 12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.

Syukur dah berbaik

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya.

“Alhamduillah, buat semua mendoakan saya dan adik saya, mustika. Kami dah berbaik.

Menerusi hantaran sama, Sajat turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka.

“Terima kasih doakan baik-baik untuk saya dan adik. Sekarang adik saya buat review ikhlas untuk produk saya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut menumpang gembira dan bersyukur melihat dua adik-beradik itu kembali berbaik.

“Alhamdulillah. Adik beradik dah berbaik. Buang yang keruh ambil yang jernih ya. Saya doakan baik-baik untuk sajat and adik.

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat Tak Tahan Sebak, Jumpa Anak-Anak Terus Menangis - “Saya Tinggalkan Mereka Masa Umur 5 Tahun…”

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Pembida, Harga Rumah Sajat Diturunkan Lagi Dari RM4.68 Juta Menjadi …

ARTIKEL BERKAITAN: "Betul Rumah Dilelong, Saya Gembira Di Australia" - Sajat


“Alhamdulillah I’m happy for you Sajat, syukur sangat sangat. Semoga berbahagia selalu dengan yang tersayang.

“Ala tapi kami suka tengok drama gaduh adik beradik. Alhamdulillah. Moga semuanya baik-baik je Jat,” komen beberapa netizen.

Terdahulu, perbalahan antara mereka tercetus apabila Mustika mendakwa abangnya itu kaki menipu dan telah menganiaya orang lain.

Malah, mereka berdua juga saling membalas kenyataan di media sosial masing-masing untuk mempertahankan diri.

#Viral #Netizen #Adik Beradik #Mustika #sajat #Berbaik