,
Laman Utama

Tiada Protokol, Syed Saddiq Edar Tablet Macam Abang J&T - “Hantar Barang, Chow, Simple”

Azwa Rahman
29/06/2021
09:55 MYT
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian wargamaya apabila mengedarkan tablet kepada penduduk Muar tanpa menggunakan sebarang protokol.
Menerusi laman sosial Twitter, Saddiq berkongsi sebuah video pengedaran hampir 1,000 tablet kepada pelajar sekitar Muar yang memerlukan.
“Rumah ke rumah untuk sampaikan tablet. Setakat ni dah 1000~ tablet sudah diedar. Kadang-kadang sampai sesat cari rumah. Mujur ramai tolong tunjuk jalan.
“Bantulah pendidikan pelajar di Muar. Ramai lagi yang mohon, tetapi stok kita terhad,” tulisnya menerusi kapsyen video.
Kadang-kadang sampai sesat cari rumah. Mujur ramai tolong tunjuk jalan. ?
Bantulah pendidikan pelajar di Muar. Ramai lagi yang mohon, tetapi stok kita terhad. https://t.co/2O8OQK1EOg pic.twitter.com/QYvEU00Pra— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) June 28, 2021 Menerusi video berdurasi 17 saat itu, Saddiq menyerahkan tablet tersebut kepada pelajar terpilih dan kemudian bergegas bergerak ke rumah yang seterusnya.
Tanpa menggunakan sebarang protokol, khemah majlis penyerahan ataupun sepanduk, rata-rata wargamaya memuji tindakan Saddiq yang cepat menghulurkan bantuan.
Lebih tepat lagi, Saddiq disamakan seperti abang J&T yang cepat dalam kerja-kerja penghantaran.
Syed Saddiq dah macam abang J&T. datang depan pintu, pass barang, chow. simple mat, tak payah pening pening janji kerja jalan,” tulis seorang wargamaya.
Simple je keje YB ni. Datang bagi bantuan direct ke rumah. No majlis makan, no ucapan bawah khemah. Hantar bantuan dan chow terus ke rumah lain. Simple,” ujar seorang wargamaya.
Takde masalah pun sebenarnya ahli politik bagi bantuan tanpa ada majlis ni. Beliau tetap dihormati. Tak mcm orang lain tu. Ingat dia tua, orang lain wajib hormat dia, nak bagi bantuan kena ada majlis. Bagus YB buat kerja mcm ni. Teruskan usaha,” puji seorang wargamaya.
Serius lah YB takde tampal sticker muka besar-besar kat kotak tu haha tu? Tengah trend kot sekarang ni,” usik seorang wargamaya.
Malaysia perlukan lebih ramai orang macam Syed Saddiq dan Ebit Lew,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 700,000 tontonan dan 13,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tidak Tamat Triathlon, Syed Saddiq Mohon Maaf

gempak
10/07/2024
13:48 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui beliau tidak menghabiskan larian dalam perlumbaan 113 Triathlon Desaru Malaysia 2024 di Desaru, Bandar Penawar, Johor, Sabtu lepas.
Berita

Syed Saddiq Berjaya Tamatkan Larian Maraton 200KM, Tiba Di Parlimen Dari Muar Selepas 4 Hari

gempak
01/07/2024
06:19 MYT
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi 'Langkah Muar', sejak Jumaat lalu.
Viral

"Lagi 80KM, Paling Mencabar Dah Tak Rasa Kaki" - Syed Saddiq

gempak
30/06/2024
05:40 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meneruskan 'Larian Muar' di sini dengan berbaki 80 kilometer (km) sebelum sampai di Parlimen.
Viral

Misi Langkah Muar: Syed Saddiq Raih RM55,000 Dalam Masa 24 Jam!

gempak
29/06/2024
04:25 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan yang dia telah berjaya meraih RM55,000 menerusi misi larian Langkah Muar sejauh 200 kilometer (km) yang dimulakan semalam.
Viral

Syed Saddiq Dedah Sebab Takut Nak Bercinta Di Zaman Sekolah

gempak
02/06/2024
23:55 MYT
Ini sebab kenapa Syed Saddiq takut nak bercinta ketika masih di bangku sekolah