"Tiada RM50,000 Sebulan Saya Tak Boleh Jalani Kehidupan Seharian" - Iqbal Zulkefli
Amri Hassan
14/11/2023 04:55 MYT
14/11/2023 04:55 MYT
Bekas peserta Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli memberitahu dia memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk membayar segala komitmen hidupnya.
BERITA TRENDING:Iqbal Rajin Tuntut Ilmu, Tak Percaya 10 Guru Vokal Puji Suaranya - “Sedar Diri Tapi Saya Suka Belajar”
Berkongsi paparan skrin pembayaran bil elektrik rumahnya mencecah RM1,600 sebulan, kata Iqbal, dia turut berhabis ribuan ringgit untuk membeli susu anaknya, Ziyad.
"Berungguh saya jual barang, sekelip mata begitu saja keluar balik bayar bil elektrik. Susu anak pun sudah beribu sebulan.
"Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000 sejak lima tahun lepas. Tiada RM50,000 sebulan saya tak boleh jalani kehidupan seharian.
"Sendiri kerja tiada pernah ditanggung siapa. Ini pun bukan untuk saya sendiri sepenuhnya. Belum termasuk barang kehendak," tegasnya.
Terdahulu, di Instagram Stories, Iqbal turut menjual beberapa perabot rumahnya kepada warganet dengan harga yang rendah berbanding awal dibelinya yang kebanyakannya mencecah ribuan ringgit.
Lucunya apabila ada yang menyifatkan barangan rumah Iqbal sama seperti yang orang ramai boleh perolehi di platform beli-belah e-dagang dengan harga yang jauh lebih murah.
"Saya kelu tiada jawapan abila ada beberapa orang DM 'ni saya beli dekat Shopee baru berapa ringgit'. Macam mana saya nak jawab? Saya mahu jelaskan takut dianggap riyak.
"Begini, setiap barang yang saya beli nampak sama tapi bukan dia. Macam sofa, saya beli RM26,000, saya boleh tunjuk resit.
"TV ruang tamu pun RM30,000. Set pinggan mangkuk dah cecah RM25,000. Memang kalau cari di Shopee nampak seakan tapi bukan. Janganlah samakan begitu, kasihan saya.
"Saya jual bukan dapat untung cuma saya tidak mahu simpan. Kalau saya tawar percuma, semua berebut dan ramai ambil kesempatan.
"Biasa satu minit muat naik terus orang bayar," ujarnya.