Selebriti media sosial dan penyanyi Iqbal Zulkifli mengakui yang kaum Adam juga perlu mengambil tahu tentang kesihatan, terutamanya mengenai hal kesuburan lelaki.

Menerusi perkongsian semula temu bual yang diterbitkan oleh sebuah portal hiburan, Iqbal mengakui yang kesuburannya berada di tahap yang tinggi.

Hal tersebut diketahui selepas dia membuat pemeriksaan atas niat ingin mendirikan rumah tangga tidak lama dahulu.



“Dalam bergurau dan mengecam, periksa kesuburan lelaki juga sangat penting. Kita lelaki jangan tuju pada masalah pihak wanita sahaja.

“Kata doktor, hanya segelintir daripada kita yang membuat ujian kesuburan sebelum berkahwin. Ramai yang ingat mahal sebenarnya murah sahaja,” katanya menerusi Instagram Story.

Menerusi perkongsian tersebut, ada yang mengkritik tindakannya berkongsi hal dalam kain menerusi sosial media.

Begitupun, ada juga pengguna media sosial yang bersetuju dengan Iqbal kerana hal mengenai kesuburan pasangan berkahwin terkait dengan kaum perempuan sahaja.



“Good Iqbal. At least you tak jadi macam sesetengah lelaki yang tahu menuding jari pada perempuan bila perempuan tu tak mengandung.

“Sebab kebanyakan lelaki ada masalah kesuburan tapi mereka tak nak terima disebabkan ego,” kongsinya.

Terdahulu, Iqbal memberitahu yang dia pernah membuat ujian kesuburan sungguhpun masih belum mendirikan rumah tangga.