Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Tiada Siapa Mengatasi Undang-Undang Termasuk Kerabat” - Tengku Hasannal

Umirah Halim
06/09/2024 00:23 MYT
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar tindakan tegas dan penyiasatan yang adil dijalankan susulan dakwaan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki termasuk seorang anak VVIP.

Siasat kes dengan adil dan tegas

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Tengku Hassanal menegaskan baginda tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

“Saya mahu pihak polis menyiasat kes ini dengan segera, telus, adil dan tegas tanpa kompromi mana-mana pihak. Tiada siapa pun mengatasi undang-undang termasuk kerabat,” titah baginda.

Terdahulu media melaporkan seorang lelaki mendakwa telah dipukul, ditikam dan ditembak sekumpulan lelaki termasuk seorang anak VVIP di sebuah kandang kuda, pada 6 Jun lalu.

BERITA TRENDING: Selepas Sebulan Bergelar Ibu Bapa, MK K-Clique & Ister

​BERITA TRENDING: Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak -

​BERITA TRENDING: Hampir Tiga Tahun Terpisah, Sajat Sebak Akhirnya Dapat Jumpa Anak-Anak - “Finally… We Be Together Again”

​BERITA TRENDING: Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di

Pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan berumur 44 tahun itu berkata, dirinya mengalami kecederaan di bahagian paha kanan setelah ditikam dengan sebilah pisau

#Pukul #Kerabat #Undang-Undang #Tengku #hasannal #anak vvip
;