Laman Utama
Tiara Jacquelina Akui Tahun 2020 Banyak Membuka Mata
Penerbit dan aktres berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina meluahkan rasa syukur kerana tahun 2020 banyak membuka mata dan memberi pengajaran untuk dirinya.
Tiara berkongsi perkara itu menerusi entri di akaun Instagram milik beliau buat tatapan ramai.
Menurut Tiara, tahun ini telah membuatkan beliau sedar akan banyak kemungkinan dan perkara-perkara penting dalam hidupnya.
"Terima kasih tahun 2020 untuk pelbagai pengajaran, untuk membuka mata saya terhadap pelbagai kemungkinan, untuk memaksa saya bergerak perlahan dan untuk menunjukkan perkara-perkara yang saya tak dapat hidup tanpanya.
"Juga, untuk mengajar saya nilai kemanusiaan dan bersikap terbuka terhadap perubahan, saya sangat bersyukur memperolehi semua ini.
"2021, saya sudah bersedia!" tulisnya sebagai kapsyen.
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian daripada ramai pengikut beliau.
Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan apa yang diperkatakan Tiara.
Terdahulu, Tiara yang juga Ketua Pencetus Impian Kumpulan Enfiniti akur dengan keputusan penangguhan teater Puteri Gunung Ledang The Musical yang sepatutnya berlangsung Julai lalu ke tahun hadapan.
Meskipun keputusan itu amat berat untuk pihaknya, namun Tiara dan seluruh warga kerja yang terlibat akur dengan arahan kerajaan dan mementingkan aspek keselamatan bersama.
Must-Watch Video