Pengacara dan penyampai radio, Linda Onn akui dia sudah berjumpa dengan penyelesaian bagaimana untuk megelak dari terkena serangan panik (panic disorder).

Menurut Linda, caranya dia menyibukkan diriya di rumah dengan melakukan kerja rumah serta membakar kek dan biskut.

BACA: "Jantung Laju, Sesak Nafas, Kaki Sejuk" - Linda Onn Alami Serangan Panik Kerana Dikuarantin

“Jadi ceritanya Linda banyak membaca tentang 'panic disorder' ni. Sebab tiba-tiba sahaja Linda boleh kena attack. Hmm penatlah.

“Katanya, memang benda ni akan datang dan pergi. Kat youtube cakap, cara untuk kurangkan ialah kena beriadah, keluar rumah jalan-jalan, pergi shopping, pergi laut, travel...masalahnya tak boleh keluar rumah. Waktu PKP ni kang abang polis tangkap, tak fasal-fasal front page keluar (surat khabar)

“Jadi buat-buat busy kat rumah. Buat kek. pasang muzik. Muzik sebagai terapi (jangan risau ustaz semua, zikir juga ku amalkan). Maka terhasillah cake cinonet,” katanya.

Linda berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Lina memuat naik rakaman video dia bersama anda yang sedang membuat kek.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang gembira dengan keadaannya kini.

Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

So ceritanya Linda banyak membaca tentang 'panic disorder' ni. Sebab tiba2 je Linda boleh kena attack. Hmm penatlah. Katanya, memang benda ni akan datang dan pergi. Kat youtube cakap, cara untuk kurangkan ialah kena beriadah, keluar rumah jalan2, pergi shopping, gi laut, travel...masalahnya takleh keluar rumah. ? time PKP ni kang abang polis tangkap, tak pasal2 front page iols. So, buat2 busy kat rumah. Buat kek. pasang muzik. Muzik sebagai terapi (jangan risau ustaz semua, zikir juga ku amalkan). Maka terhasillah cake cinonet. Part last video tu, Zara say hi kat u all ?. Selamat berpuasa semua!

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on