Penyanyi terkenal Indonesia, Ari Lasso meyakinkan peminat Malaysia yang sudah membeli tiket untuk menyaksikan 'Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia Feat Ari Lasso & Once Mekel' yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Menerusi kemas kini akaun Instagram milik Ari, penyanyi lagu Rahasia Perempuan itu tidak sabar mahu bertemu peminat Dewa 19 yang digelar sebagai Baladewa dan Baladewi.

Latihan dan sesi foto @de19wa yg penuh gelak tawa dan senda gurau belaka. • • Latihan ini utk ‘DEWA19 Reunion Konser Kuala Lumpur’ tgl 2 Februari 2019. Baladewa/ baladewi Malaysia are u ready ..???!!! @dewa19reunionmy #dewa19 #dewa19KL #arilasso #musikIndonesia #konser

A post shared by Ari Lasso (@ari_lasso) on


"Untuk Baladewa dan Baladewi Malaysia, kami akan tetap meneruskan konsert yang bakal berlangsung pada 2 Februari di Kuala Lumpur, seperti yang dijadualkan..

"Tidak ada yang berubah. Meski Ahmad Dhani tidak boleh turut serta bergabung. Sampai bertemu," tulis Ari.

BACA: Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia Tetap Berlangsung Biarpun Ahmad Dhani Dipenjara

Sepatutnya, Dhani bersama Ari dan anggota kumpulan Dewa 19 yang bakal mengadakan konsert reunion di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu ini.

Namun begitu, Dhani tidak dapat turut serta ke Malaysia selepas Majlis Hakim Mahkamah Negeri Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadapnya.

Menerusi laporan media Indonesia, ketua majlis berkenaan, Ratmoho menjatuhkan hukuman tersebut ekoran tiga entri yang dikongsi Dhani di laman Twitter berbaur hasutan dan membangkitkan rasa kebencian terhadap individu dan kumpulan.

Majlis Hakim turut memerintahkan Dhani untuk ditahan dan berdepan dengan hukuman penjara.