,
Laman Utama

Tidak Hadir Sidang Media Konsert Big Stage 2022, Iqbal Minta Maaf: “Saya Takut…”

Izwan Isa
15/02/2022
16:20 MYT
Malam minggu lalu, sebaik sahaja selesai konsert minggu kedua Big Stage 2022, kelibat peserta yang tersingkir, Iqbal Zulkefli tidak kelihatan.
Ramai rakan-rakan wartawan yang sedang menunggu di bilik sidang media tertanya-tanya, di manakah Iqbal?
BACA: Big Stage 2022: Ini Sebab Kenapa Iqbal Balik Awal, Tak Sertai Sidang Media & Daniel Chuer Tak Buat Persembahan Semalam…
Menurut kenyataan yang diberikan oleh pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, ketiadaan Iqbal pada sesi sidang media adalah disebabkan oleh keadaan kesihatan penyanyi itu yang tidak berapa baik.
Justeru, berkesempatan bertemu dengan tuan empunya badan secara empat mata semalam, Iqbal berterus-terang memberitahu sebab mengapakah dia tidak menyertai sesi sidang media yang dianjurkan oleh pihak produksi.
“Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf atas ‘ketiadaan’ saya pada sesi sidang media selepas konsert berlangsung. Saya minta maaf sangat kepada pihak media yang menunggu.
“Mungkin saya bukanlah tidak sihat yang keterlaluan, tetapi pada masa yang sama perasaan saya bercampur stress selepas buat persembahan menyebabkan saya takut nak bercakap banyak malam itu.
“Saya takut akan menjadi terlalu panas dengan isu-isu berkaitan. Sekali lagi, saya memohon maaf,” katanya kepada Gempak.
BACA: Big Stage 2022: Iqbal Dah Terkeluar, Ajai & Siti Nasihat Peserta Yang Tinggal Untuk All Out
Terdahulu, Iqbal dipilih juri dan juga netizen sebagai peserta pertama yang disingkirkan daripada Big Stage 2022 selepas menjadi peserta misteri ke-12 yang diumumkan pada konsert pertama.
Ketika pengumumannya sebagai peserta ke-12, suasana menjadi kecoh kerana Datuk Seri Vida, iaitu individu yang pernah dikaitkan dengan dirinya turut diumumkan sebagai Presiden Netizen bagi konsert mingguan Big Stage 2022.
Berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), Big Stage 2022 bakal diteruskan dengan 11 peserta iaitu Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla dan Ajoi Zainal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Hiburan

Mahu Fokus Karier, Aisha Retno Doakan Kejayaan Yuka Kharisma - "Hanya Padang Mahsyar Yang Boleh Menjawab"

gempak
21/11/2024
06:55 MYT
Namun menurut Aisha buat masa ini dia hanya mahu memfokuskan kepada kariernya dan lagu yang akan dilancarkan pada bulan hadapan.
Hiburan

Luar Biasa! M Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Jentik Emosi Peminat Di Konsert Amal MPO: Resonance For A Reason

gempak
19/11/2024
15:52 MYT
Dengan kehadiran lebih 900 penonton, ternyata penganjuran Konsert Amal Orkestra Filharmonik Malaysia, MPO Benefit Concert: Resonance for a Reason berjaya menambat hati peminat.
Hiburan

Peminat Sanggup Berhujan Layan Pesta Muzik Cuckootopia 5 Jam Tanpa Henti, Kim Soo Hyun Bikin Hati Cair!

gempak
18/11/2024
15:55 MYT
Biduanita Negara Datuk Siti Nurhaliza berjaya memukau kira-kira 18,000 penonton yang hadir di Pesta Muzik Cuckootopia bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 Cuckoo yang diadakan di Surf Beach,Sunway Lagoon malam Ahad.
Hiburan

Yuna, Fabio Asher, Spider, 6ixth Sense Barisi Konsert Jiwa: Epilog 2024! - "Kami Rasakan Katalog Lagu Mereka Cukup Menyentuh Perasaan"

gempak
18/11/2024
14:49 MYT
Selepas membina nama dan jenama yang kuat melalui Konsert Jiwa Kacau dan Jiwa Malaysia, pihak penganjur MND Sport & Events muncul pula dengan sebuah konsert yang dinamakan Konsert Jiwa: Epilog 2024.
Unitar