Pada kebiasaannya, sebaik sahaja selesai sebarang program yang melibatkan proses penyingkiran, peserta yang telah tersingkir pasti akan masuk ke bilik sidang media untuk ditemu bual oleh wartawan.
Namun, lain pula kisahnya dengan Iqbal Zulkelfi. Ketika mengikuti sesi sidang media Big Stage 2022 minggu kedua, kelibatnya tidak kelihatan. Bahkan, usaha untuk menghubunginya untuk meminta komen mengenai penyingkiran juga gagal.
BACA: Big Stage 2022: Iqbal Akhirnya Tersingkir Dengan Markah 9.2%, Elica Paujin Naik Ke Tangga #1
Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, ketiadaan Iqbal pada sesi sidang media adalah disebabkan oleh keadaan kesihatan penyanyi itu yang tidak berapa baik.
“Tadi saya diberitahu oleh pihak produksi yang Iqbal mengadu tidak sihat sebaik sahaja sesi penyingkiran dilakukan. Jadi, disebabkan hal itu, dia terus dibawa balik.
“Saya juga tidak sempat berbual dengan pihak produksi dan bertanya dengan lebih lanjut mengenai hal ini. Saya akan membuat panggilan dan bertanyakan lanjut mengenai keadaan Iqbal.
“Saya mohon maaf atas segala kesulitan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Norzeha turut mengulas mengenai ketiadaan Daniel Chuer pada malam semalam.
BACA: Big Stage 2022: Iqbal Dah Terkeluar, Ajai & Siti Nasihat Peserta Yang Tinggal Untuk Out All
“Daniel turut mengalami masalah kesihatan dan tidak diizinkan oleh doktor untuk membuat persembahan. Jadi kita terpaksa akur kerana kita juga tidak tahu keadaannya setakat ini. Seandainya dia dalam proses kuarantin, kita tidak mahu merisikokan orang lain.
“Kita juga tidak dapat pengesahan yang dia dikuarantin kerana COVID-19 atau sebab apa. Kita cuma diberitahu dia tidak sihat. Kalau dia tak sihat, memang kita tidak boleh bagi masuk, sama juga dengan penonton kalau ada yang menunjukkan gejala seperti demam dan selesema,” katanya lagi.
Terdahulu, Iqbal diumumkan sebagai peserta pertama yang disingkirkan daripada Big Stage 2022.
11 peserta yang bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa Marieylla dan Ajoi Zainal.
Izwan Isa
Mon Feb 14 2022
‘Rebut’ Takhta Popular, YouTuber Maut Ditikam Pesaing Sewaktu Bersiaran Langsung
Manusia hari ini semakin hilang akal. Hanya kerana sentiasa bersaing sebagai YouTuber yang sentiasa memyajikan konten paling hebat dan ‘laju’
[EPISOD PENUH] Halimah Jongang The Telemovie
Halimah seorang yg jongang pulang bercuti ke kampung datuknya Os untuk menenangkan fikiran…Setibanya di kampung dia bertemu dengan seorang jejaka iaitu Ali. Halimah mula terpikat dengan Ali. Ali menyukai Esah iaitu gadis idaman kampung tersebut kerana terkenal dengan gadis yang cantik. Esah bagaimanapun tidak menyukai Ali kerana Ali seorg yg miskin dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Apa kesudahan Ali dan Halimah?
LUCU DIDIE ALIAS, BANYAK PULAK NAMA ARTIS DIA PETIK DALAM EPISOD NI | BORAK DULU BARU KAMU S2
Korang tahu tak rahsia disebalik nama Alias bagi figura Didie Alias? Sebenarnya Alias tu takde kene mengena dengan nama dia and bapak dia. Nak tahu lebih korang kene layan episod terbaru Borak Dulu Baru Kamu bersama Mami @ladydidiemsia dan @ubaimz
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my
#borakdulubarukamu
#BDBKS2
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
Chill jer bila sooka Got All! Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! Strim sekarang: www.sooka.my
#borakdulubarukamu
#BDBKS2
Sebrian Shah Menggigil Tahan Sejuk Berendam 4 Jam Dalam Air Demi Damba! - "Studio Sediakan Kolam 5 Meter..."
Tampil dengan lagu terbaharu, penyanyi muda Sebrian Shah mengakui karya Damba merupakan hasil karya yang sangat personal.
Santuni Golongan Memerlukan, Restoran Chopsticks Asia Hulur Sumbangan 30 Hari 30 Rumah Kebajikan!
Sedar akan tanggungjawab menyantuni golongan yang memerlukan di sekitar Lembah Klang, restoran halal masyarakat tradisi Cina, Chopsticks Asia melancarkan Chopsticks Prihatin.
Fuad Rahman Nafi Back Up Aliff Aziz - “Bab Skandal Aku Tak Masuk Campur”
Penyanyi, Fuad Rahman, meluahkan rasa kecewa apabila ada dalam kalangan artis kurang senang melihat Aliff Aziz meneruskan kerjaya seni disebabkan kontroversi yang menimpanya.
Anna Jobling Masuk Kelas Belajar Bahasa Indonesia, Sedia Ulang Alik KL-Jakarta!
Anna kini ulang alik dari Malaysia ke Jakarta.
Sarimah Ibrahim Tak Pernah ‘Hilang’ Dari Industri Seni - “Saya Masih Ada Cuma…”
Sarimah kongsi perjalanan karier seninya.
"Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal tampil berkongsi pandangan tentang isu rumah tangga yang sedang tular ketika ini.
Sheriff: Raih RM55 Juta, Cipta Fenomena Tersendiri Jadi Filem Nombor 1 Malaysia 2024
Memang terbaik!