Pelakon Reza Hasbi mengakui tidak mampu untuk membeli kelengkapan perayaan sempena Aidilfitri ini buat anak-anak dan isterinya, Rosedarlila.

Menerusi entri di Instagram Stories, Reza menjelaskan dia tidak menerima tawaran lakonan sejak dua bulan lalu.

"Rifqi Danial, Rafi Daiyan abbi mintak maaf raya tahun ini abbi tak mampu nak beli apa-apa untuk korang.

"Kawan-kawan abbi dok sakan bershooting, abbi dua bulan lebih termenung.

"Dah tu payment shooting lima bulan yang lepas pun ada production yang tak mampu nak lunaskan duit abbi.

"Tak tau nak mintak macam mana dah. Sabar wahai isteri dan anak-anak abbi. Bagi abbi sikit je masa lagi. Sampai masa abbi akan undur diri untuk kerjaya ini," tulisnya.



Sementara itu, menerusi entri di Instagram, penerbit Zeel Production iaitu Fadzil Teh mengakui sedih degan nasib malang yang menimpa Reza.

"Sedih. Semoa Allah mudahkan @reza.hasbi. Bagi penerbit diluar sana yang nak pakai pelakon ambiklah dia. Disiplin bagus, lakonan mantap dan rupa elok," tulisnya

Terdahulu, Reza dan Rosedarlila telah mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Hasil perkahwanan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.