Hiburan
"Tidak Pernah Memburukkan Saya Walaupun Dah Berhenti ..." - Aliff Syukri
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan bekas pembantunya, Muhammad Ghazali Hj Mat Lawi seorang pekerja yang baik dan berdedikasi.
Menurut Aliff, arwah telah berkhidmat selama empat tahun namun membuat keputusan untuk berhenti kerja sejak tiga bulan lalu.
"Allahu... Saya berasa amat sedih dan juga amat mengejutkan kerana bekas kakitangan (bekas setiusaha saya yang masih muda berumur tengah 20an) yang pernah berkhidmat dengan saya hampir 4 tahun lamanya iaitu @ghazi_ml Ghazi Bin Mat Lawi telah meninggal dunia.
"Secara jujurnya beliau seorang yang baik, seorang yang pelawak dan sering menjaga persiapan saya, fesyen saya, makanan saya serta minuman saya.
"Tidak saya sangka selepas tidak sampai 2-3 bulan beliau berhenti kerja, beliau sakit dan saya dikhabarkan beliau telah meninggal dunia," tulisnya di Instagram (IG).
Sementara itu, pelantun lagu Abang Nak Tegur turut menyatakan arwah tidak pernah mengutuk dirinya kepada umum walaupun mengetahui banyak perkara.
"Walaupun Ghazi ni di kamera nampak seperti poyo tapi orang baik, menghargai kerjanya dan alhamdulillah selama beliau bekerja dengan saya hampir 4 tahun tidak mendatangkan masalah.
"Malah tidak pernah memburukkan saya walaupun dah berhenti. Jauh sekali mengutuk saya walaupun dia tahu mengenai semua benda tentang saya.
"Susah nak cari pekerja macam Ghazi. Bersama-samalah kita mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.
"Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya kami sekeluarga. Semoga semua kawan-kawan saya mendoakan beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rab.
"Saya yakin setiap orang yang hidup pasti akan menghadap Sang Pencipta," tulisnya lagi.
Must-Watch Video