Stesen radio popular, ERA mengumumkan pelawak dan pelakon Zizan Razak, 36, menjadi pengacara ketiga bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse dalam Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

Dalam segmen Johara Pagi ERA, Ray, Haniff Hamzah dan Johan menghubungi Zizan, sebentar tadi.

"Pengacara ini dia ada Sony Playstation 5 (PS5) bukan satu tapi dua. Pengacara AME2020 adalah Zizan Razak," katanya secara siaran langsung (live).

Ketika sesi temubual, pelakon filem Polis Evo 3 ini mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada pihak MeleTOP dan ERA kerana memilih dia bagi menggantikan tempat selebriti serba boleh, Alif Satar.

"Saya betul-betul mengucapkan terima kasih kepada MeleTOP dan ERA kerana mengizinkan dan memberi peluang kepada saya untuk menjadi hos.

"Walaupun tahun ini banyak dugaan, alhamdulillah ada rezeki kepada saya," katanya.

A post shared by MeleTOP (@meletop)


Semalam, pihak MeleTOP mengumumkan Alif tidak akan menjadi pengacara ketiga bersama Nabil dan Jihan untuk AME2020.

BACA: Alif Satar Undur Jadi Pengacara AME2020.. Siapa Bakal Jadi Pengganti?

AME2020 bakal berlangsung 20 Disember ini akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Bagi rakaman acara Karpet Merah AME2020 yang dibawakan oleh Astro GO pula akan disiarkan jam 8.30 malam pada hari yang sama sebelum siaran malam kemuncak.

Istimewa untuk pelanggan Astro yang memiliki dekoder ‘Ultra Box’, AME 2020 turut didatangkan dengan format kualiti 4K UHD menerusi saluran khas 780.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, AME 2020 turut boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.