HIBURAN
Usia Cecah 49 Tahun, Kim Jong Kook Gementar Umum Bakal Tamatkan Zaman Bujang - “Saya Bersyukur Masih Diberi Peluang Untuk Berkahwin…”
Penyanyi dan anggota rancangan realiti popular Korea, Running Man iaitu Kim Jong Kook mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Gementar umum kahwin
Berita itu dikongsi sendiri oleh Jong Kook menerusi satu hantaran bertulisan tangan yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya hari ini.Menurut Jong Kook, tujuan dia memaklumkan sendiri perkara itu adalah kerana mahu peminatnya menjadi orang pertama yang mengetahui tentang berita gembira ini.
Bagaimanapun, Jong Kook tidak menafikan mungkin ada sesetengah pihak terkejut dengan pengumuman tersebut namun dia percaya ini adalah langkah yang tepat.
“Saya ingin berkongsi perkara ini terlebih dahulu dengan para peminat yang telah mempercayai, menyokong, dan sentiasa berada di sisi saya sebagai Kim Jong Kook, seorang insan biasa. Saya akan berkahwin,” kongsinya.“Saya sentiasa mempersiapkan diri secara mental untuk hari di mana saya akan menulis dan berkongsi perkara ini sendiri. “Namun, saat saya benar-benar menulisnya, perasaan gugup itu jauh lebih besar daripada yang saya bayangkan.
Syukur masih diberi peluang untuk berkahwin

“Tahun ini merupakan ulang tahun ke-30 sejak debut saya dalam industri hiburan. Namun, bukannya mengeluarkan album baharu, saya memilih untuk memulakan fasa baharu dalam hidup saya bersama pasangan.
Majlis perkahwinan Jong Kook akan diadakan secara privasi dan sederhana, hanya melibatkan keluarga, rakan-rakan rapat serta kenalan terdekat.“Walaupun agak lewat, saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berkahwin. Terima kasih kepada semua peminat yang telah menjadi sumber kekuatan saya selama ini. Saya akan terus berusaha menjadi insan dan artis yang lebih baik,” coretnya.
Maklumat lanjut mengenai majlis perkahwinan tidak akan didedahkan bagi menghormati privasi pasangan dan keluarga.
Must-Watch Video